JARINGAN PRIHATIN: Cara dapatkan telefon pintar & data percuma melalui pelan YES PRIHATIN

Seperti mana yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan baru-baru ini, telah ditetapkan bahawa pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 2 minggu selepas cuti perayaan Aidilfitri.

Bagaimanapun, apabila PdPR dijalankan, antara isu utama yang berbangkit adalah tentang keperluan telefon pintar dan data internet bagi kegunaan anak-anak dalam menjalani pembelajaran.

Sedar dengan masalah ini, Kerajaan dalam Belanjawan 2021 telah memperkenalkan inisiatif JARINGAN PRIHATIN yang akan membantu penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan golongan B40 melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.

Penerima BPR (berkahwin atau ibu/bapa tunggal) dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:

  • RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  • RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.

 

Penerima BPR (bujang atau berkahwin) dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:

  • RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  • RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.

 

YES PRIHATIN untuk rakyat B40

Selaras dengan usaha itu, salah sebuah syarikat komunikasi – YES telah memperkenalkan pelan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Keluarga dan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Individu.

Melalui pelan ini, YES dengan kerjasama YTL Foundation dan FrogAsia menawarkan telefon pintar, pelan data dan akses untuk pelbagai kandungan pendidikan Learn-From-Home Yayasan YTL secara percuma selama setahun tanpa sebarang bayaran atau deposit.

  • YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Keluarga
    • Fon pintar percuma
    • Data 30GB percuma
    • Baucer RM50 Shopee
    • Aplikasi pendidikan
  • YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Individu
    • Fon pintar percuma
    • Data 15GB percuma
    • Baucer RM50 Shopee
    • Aplikasi pendidikan

 

Kandungan pendidikan itu terdiri daripada 4 subjek teras dari Tahun 1 sehingga ke Tingkatan 5, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. 

Cara memohon:

Tuntutan inisiatif ini boleh dibuat di laman: https://www.yes.my/kasiupB40/ dan kilik pada ‘TUNTUT SEKARANG’ di pelan yang disediakan. Anda kemudiannya perlu mengisi nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan dan sekiranya anda adalah penerima BPR, anda akan dibawa ke halaman seterusnya untuk mengisi maklumat lanjut.

Jika permohonan diluluskan, pihak YES akan menghantar telefon pintar dan kad SIM YES PRIHATIN kepada anda. Penerima kemudiannya hanya perlu mendaftar dan mengaktifkan SIM YES PRIHATIN berkenaan (klik sini untuk tahu caranya).

Untuk maklumat lebih terperinci, boleh layari laman rasmi YES, bagi maklumat lanjut.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…