Akademi Kenegaraan Malaysia

Jawatan Kosong Akademi Kenegaraan Malaysia: Kelayakan SPM – Ijazah, Gaji sehingga RM9,549

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Akademi Kenegaraan Malaysia kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Akademi Kenegaraan Malaysia

  1. PEGAWAI LATIHAN GRED  E41
    • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
    • Jadual Gaji: RM2,083 – RM9,549
  2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. PEGAWAI LATIHAN GRED  E41
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,083.00); atau
      • Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,286.57); atau
      • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,490.99); atau
      • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau
      • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau
      • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,899.83); atau
      • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM3,002.03)
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau
      • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau
      • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

PEGAWAI LATIHAN GRED  E41

  • Bertanggungjawab merancang, mengelola dan mengawasi perjalanan Unit Latihan Kemahiran bagi semua jurusan. Mengajar dan memberi kuliah kepada pelatih-pelatih mengikut jurusan;
  • Mengawal kesempurnaan perjalanan kursus-kursus kemahiran objektif yang ditetapkan bagi semua jurusan. Mengurus penempatan latihan loji (sambil kerja) dan menentukan kesempurnaan latihan;
  • Menyelaras peperiksaan pelatih, membuat kajian, penilaian susulan kepada bekas pelatih. Berhubung dengan pihak luar mengenai latihan tambahan kepada pelatih;
  • Menyelaras kurikulum kemahiran dengan pihak luar, seperti swasta bagi kegunaan institut. Bertindak sebagai kaunselor kepada pelatih.

 

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di pautan yang disediakan di hebahan rasmi.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonan dibuka sehingga 23 September 2024 (Isnin).

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Sara Hidup (BSH): Semakan kelayakan dan cara memohon RM300 setiap bulan

Bantuan Sara Hidup (BSH): Semakan kelayakan dan cara memohon RM300 setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Elaun kedatangan RM75

Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Elaun kedatangan RM75

Mencari pekerjaan kini lebih mencabar dengan persaingan yang semakin meningkat. Namun, peluang sentiasa terbuka kepada mereka yang bersedia untuk mencarinya.…
Bantuan Kerajaan Kedah RM300 secara 'one-off' telah dibuka: Cara memohon

Bantuan Kerajaan Kedah RM300 secara 'one-off' telah dibuka: Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…