Angkatan Pertahanan

Jawatan kosong Angkatan Pertahanan Awam (APM) dengan gaji sehingga RM2,499: Mohon sekarang

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Angkatan Pertahanan Awam (APM)

  1. PENOLONG PENGARAH M41
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jenis Jawatan: Personel mySTEP
    • Gaji: RM2,000 – RM2,499
  2. PEMBANTU TADBIR
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jenis Jawatan: Personel mySTEP
    • Gaji: RM1,599 – RM1,999

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah merupakan Warganegara Malaysia;
  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;
  • Syarat-syarat kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi.

Bidang Tugas

PENOLONG PENGARAH M41

  • Semakan dokumen-dokumen perolehan yang dikemukakan oleh Bahagian/ Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi pemprosesan Sebut Harga atau Tender dengan teliti;
  • Mengambil tindakan kuiri dan panggilan susulan dengan segera kepada Bahagian/ PTJ bagi memastikan dokumen perolehan lengkap sepertimana senarai semak supaya Mesyuarat JKSH dapat diadakan tanpa kelewatan;
  • Membuat pemantauan dan kawalan terhadap pelaksanaan perolehan di PTJ selaras dengan PPT 2024 serta mencari jalan penyelesaian segera terhadap isu-isu berbangkit bagi mengelakkan teguran audit;
  • Membantu dalam menguruskan kerja lapangan seperti mesyuarat dan lawatan tapak/projek bersama agensi lain atau stakeholders;
  • Mengemaskini data perolehan (sebutharga/ tender) dan pembangunan (aset tak alih) dari semasa ke semasa bagi tujuan pelaporan dalam mesyuarat-mesyuarat utama.

PEMBANTU TADBIR

  • Menyediakan dan menyemak pelaporan akaun dan kewangan;
  • Memproses Pendahuluan Diri Perjalanan (luar negeri) dan pelbagai;
  • Menyusun dan menyimpan dokumen kewangan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs. Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak majikan. Permohonan yang tidak mendapat jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 13 dan 14 Jun 2024 (memgikut jawatan).

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Fungsi-fungsi utama Angkatan Pertahanan Awam (APM) adalah:

  • Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
  • Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.
  • Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.
  • Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.
  • Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.
  • Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara.
  • Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
  • Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.
  • Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.

Manakala, peranan APM pula adalah melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221), mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)a Akta 221 dan melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…
Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…
Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…