pbt

Jawatan Kosong Besar-Besaran dalam PBT, ambilan September 2024: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong besar-besaran bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong PBT, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

SENARAI JAWATAN TETAP

  • PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
  • PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N19
  • PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41
  • PEMBANTU KEMAHIRAN H19
  • PEMBANTU PENGUAT KUASA KP19
  • PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
  • PEMBANTU AWAM H11

 

SENARAI JAWATAN KONTRAK

  • PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
  • PEMBANTU AKAUNTAN W19
  • JURUBAHASA (MANDARIN) LA19
  • PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29
  • PENOLONG JURUTERA JA29
  • PEMBANTU OPERASI N11
  • PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29
  • PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29
  • PEMBANTU PENGUAT KUASA KP19
  • PEMBANTU AWAM H11
  • PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
  • JURURAWAT U29
  • AHLI MUZIK B29
  • ARTIS BUDAYA (PENARI) B19
  • PENOLONG PEGAWAI TADBIR (TASKA) N29
  • PEMBANTU PUSTAKAWAN S19

Syarat-syarat Kelayakan

Syarat-syarat Am

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan setiap jawatan.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Syarat-syarat kelayakan khusus bagi setiap jawatan boleh diteliti di hebahan rasmi.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Perjawatan Online MBPJ.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini mengikut Peraturan 18 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, Sijil Matrikulasi, STPM, STAM, SPM dan sijil-sijil bagi jawatan berkaitan atau resume sehingga dihubungi untuk panggilan temu duga.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonan dibuka sehingga 03 OKTOBER 2024.

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Akan tetapi, dimaklumkan bahawa keutamaan diberikan kepada anak negeri Selangor atau ibu/ bapa dilahirkan di negeri Selangor Darul Ehsan.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Petaling Jaya melakar sejarah baru pada 1 Januari 1964 apabila Negeri Selangor mewartakan sebuah Lembaga Bandaran yang memiliki autonomi kewangan untuk mentadbir bandar ini.

Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah dinaikkan tarafnya kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976 oleh kerajaan. Pada 20 Jun 2006, Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Pada masa kini, kawasan pentadbiran MBPJ berkeluasan 97.2 kilometer persegi, kian pesat membangun. Petaling Jaya juga mempunyai jumlah penduduk lebih 807,879 orang (Jan 2024) dan bilangan pegangan harta sebanyak 276,793 (Jan 2024). Petaling Jaya kini dikenali sebagai pusat pertumbuhan yang terunggul di Negeri Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Di Malaysia, golongan pendapatan sering dikategorikan kepada B40, M40, dan T20. Istilah ini digunakan untuk merancang dasar ekonomi dan bantuan…
Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

Bersara merupakan satu fasa kehidupan yang dinantikan oleh kebanyakan individu setelah bertahun-tahun bekerja. Namun, kehidupan selepas bersara bukan sekadar berehat…