kejora

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR – Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan KEJORA

  1. JURUTERA J41
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
    • Jadual Gaji : RM2,529 – RM9,643
    • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225
  2. JURUUKUR BAHAN J41
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
    • Jadual Gaji : RM2,529 – RM9,643
    • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225
  3. PEGAWAI TADBIR N41
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
    • Jadual Gaji : RM2,080 – RM9,546
    • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225
  4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Jadual Gaji : RM1,493 – RM5,672
    • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145
  5. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Jadual Gaji : RM1,549 – RM5,684
    • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145
  6. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Jadual Gaji : RM1,377 – RM4,052
    • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100
  7. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
    • Jadual Gaji : RM1,352 – RM4,003
    • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100
  8. PEMBANTU OPERASI N11
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Jadual Gaji : RM1,216 – RM2,983
    • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Syarat-syarat kelayakan akademik bagi setiap jawatan boleh dirujuk di hebahan rasmi.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Portal e-Perjawatan KEJORA. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Tarikh tutup permohonan pada 29 MEI 2024 (RABU).

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak majikan. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap gagal.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

KEJORA telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara Tahun 1972 (Akta75). KEJORA juga diberikan kuasa di bawah Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tengara 1972 bagi tujuan mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud di antara kawasan dalam negeri Johor dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dalam wilayahnya.

Fungsi utama KEJORA adalah:

  • Memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Johor Tenggara;
  • Memaju, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam kawasan Johor Tenggara;
  • Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut terdahulu dalam kawasan Johor Tenggara.

 

Kawasan pentadbiran KEJORA Merangkumi 2 wilayah iaitu sebahagian daerah Kluang dan Kota Tinggi. Keluasannya lebih kurang 300,277 hektar sebagaimana Pelan Gazet 738 bertarikh 7 Mei 1972 di bawah Seksyen 410 Kanun Tanah Negara (KTN). Kawasan sedia ada adalah meliputi 10 Mukim, 72 Kampung Tradisional, 32 Rancangan Felda dan 6 Bandar Baru.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…