kementerian pertanian

Jawatan kosong besar-besaran di Kementerian Pertanian tahun 2023: Gaji sehingga RM9,551

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kementerian Pertanian

  1. PEGAWAI VETERINAR GRED GV41
    • Jadual Gaji: RM2,697 – RM9,551
  2. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29
    • Jadual Gaji: RM1,494 – RM5,674
  3. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G29
    • Jadual Gaji: RM1,494 – RM5,674
  4. PENOLONG PEGAWAI PERIKANAN GRED G29
    • Jadual Gaji: RM1,494 – RM5,674
  5. PEMBANTU TADBIR GRED N19
    • Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
  6. PENYELIA ASRAMA GRED N19
    • Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang BP.COS secara lengkap dan dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen sokongan berkaitan.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat e-mel: [email protected]

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 15 MEI 2023, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan sila rujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…