mpaj

Jawatan kosong besar-besaran di MPAJ dengan gaji sehingga RM9,546: Kelulusan PT3 – Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan MPAJ

  1. PEGAWAI TADBIR N41
  2. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41
  3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
  4. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29
  5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
  6. PENOLONG AKAUNTAN W29
  7. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
  8. PEMBANTU PENILAIAN W19
  9. PEMANDU KENDERAAN H11
  10. PEMBANTU AWAM H11

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan MPAJ secara lengkap dan dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen yang dinyatakan di hebahan rasmi.

Slip akuan penerimaan borang permohonan hendaklah diisi dan disertakan dengan setem RM1.50 sen.

Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan dan dihantar ke alamat:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
MENARA MPAJ, JALAN PANDAN UTAMA
PANDAN INDAH, 55100 KUALA LUMPUR
(U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh dirujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…