pbt

Jawatan kosong besar-besaran di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): Gaji sehingga RM5,701

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Perbandaran Klang (MPK) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan PBT

  1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  2. PENOLONG JURUTERA JA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  3. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  4. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19
    • Gaji: RM1,360 – RM4,052
  5. PEMBANTU OPERASI N11
    • Gaji: RM1,216 – RM2,983
  6. PEMANDU KENDERAAN H11
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939
  7. PEMBANTU AWAM H11
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Sumber Manusia (SPSM).

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pemohon juga perlu memuat naik gambar berukuran passport dan salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan dan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Pengetua/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung sebelum muat naik dalam sistem mengikut format PDF.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 21 APRIL 2023, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan sila rujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Institut Kerajaan – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

Warga emas merupakan golongan istimewa dalam masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada pembinaan negara sejak zaman muda, malah menjadi…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

Setiap hari, kita semua bergantung kepada keperluan asas untuk meneruskan kehidupan – makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, dan pendidikan. Namun…