jawhar

Jawatan kosong besar-besaran Jabatan Kerajaan JAWHAR tahun 2023: Tawaran gaji RM1,900

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan JAWHAR

  1. Setara Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
    • Jenis Jawatan: MySTEP
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,900
  2. Setara Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
    • Jenis Jawatan: MySTEP
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,900
  3. Setara Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
    • Jenis Jawatan: MySTEP
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,900
  4. Setara Pereka Gred B29
    • Jenis Jawatan: MySTEP
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,900

 

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Resume (bergambar), Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil-Sijil Akademik/sokongan ke alamat e-mel: [email protected] dan [email protected]

emohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 17 FEBRUARI 2023, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…