Kementerian Belia & Sukan

Jawatan Kosong Besar-Besaran Kementerian Belia & Sukan (KBS): Gaji Permulaan Sehingga RM6,560

Pada ketika ini, Kementerian Belia & Sukan (KBS) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong Kementerian Belia & Sukan (KBS)

  1. TIMBALAN KETUA PEGAWAI OPERASI S14
  2. PEGAWAI TADBIR N14
  3. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/ SETIAUSAHA PEJABAT N1
  4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N1
  5. PEMBANTU KHIDMAT AM H1
  6. PENGARAH TERBUKA 13
  7. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S12
  8. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S9/10
  9. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S5
  10. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S13
  11. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S12
  12. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S9/10
  13. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S5

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mempunyai kelulusan akademik yang bersesuaian (SPM / Diploma / Ijazah – mengikut jawatan).

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohon hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap. Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan:

  • Salinan sijil-sijil akademik Ijazah/Diploma/SPM/SPVM atau setaraf;
  • Salinan sijil-sijil kemahiran yang berkaitan;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah; dan
  • Salinan Kad Pengenalan.

 

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat e-mel: [email protected]. Pemohon juga hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan dan hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

Permohonan yang tidak lengkap, tidak memenuhi syarat dan dihantar selepas tarikh tutup iklan akan ditolak. Manakala, bagi penjawat awam yang berminat, sila kemukakan Surat Persetujuan daripada pihak majikan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 08 OGOS 2025.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat Tambahan

Penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan.

Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut.

Menjelang tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.

Teras strategik KBS adalah meningkatkan tahap kelangsungan hidup dan kesejahteraan menjadi matlamat utama setiap individu, tidak terkecuali belia, kerana mereka merupakan kumpulan yang berpotensi mempengaruhi masa depan sesebuah negara. Sehubungan itu, beberapa faktor harus diambilkira seperti tahap pendidikan, kesihatan dan sumber pendapatan mereka. Maka tahap kelangsungan hidup dan kesejahteraan mereka perlu diberi perhatian sewajarnya.

Ia juga bergiat dalam memperkasakan anak muda, suara anak muda akan diberi ruang dalam menentukan hala tuju dan perancangan organisasi, potensi belia akan digilap sepenuhnya dan diiktiraf. Kepimpinan anak muda diasuh dalam melahirkan belia bertaraf global dan menyantuni komuniti.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan: Ini Cara Semak Kelayakan

Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan: Ini Cara Semak Kelayakan

Bil elektrik merupakan antara komitmen bulanan yang wajib dilunaskan oleh hampir setiap isi rumah di Malaysia. Ia bukan sekadar angka…
Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pelbagai Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM): Pengambilan Julai 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM): Pengambilan Julai 2025

Pada ketika ini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…