luas

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 – Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

  1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
  2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM1,549 – RM5,684
  3. JURUTERA J41
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM2,529 – RM9,643
  4. PENOLONG JURUTERA JA29
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM1,549 – RM5,701
  5. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S29
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
  6. PEMBANTU AWAM H11
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
  7. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA KP29
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,696
  8. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM1,549 – RM5,701

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari Penilaian Tingakatan 3 (PT3) hingga Ijazah Sarjana Muuda (mengikut kelayakan khusus setiap jawatan);
  • Maklumat syarat-syarat kelayakan lengkap sila rujuk di hebahan rasmi kekosongan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem e-Perjawatan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Calon diwajibkan membuat Pendaftaran akaun e-Perjawatan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian No.Pin secara Tunai di Kaunter LUAS.

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang mengisi maklumat yang lengkap dan memenuhi kriteria yang layak sahaja dipertimbangkan untuk disenarai pendek.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 28 Jun 2024.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga dan dimohon untuk membawa dokumen-dokumen asal seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil atau bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia, Sijil Kelulusan Persekolahan, Sijil Tamat Persekolahan, Ijazah/ Diploma dan transkrip/ Surat Pengesahan Kelulusan Akhir Peperiksaan daripada pusat-pusat pengajian, Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan serta Sijil kegiatan luar.

Manakala, bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan sesalinan rekod Kenyataan Perkhidmatan (Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan ; BRP) yang terkini dan salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang disahkan.

Calon hendaklah menghantar sesalinan permohonan yang lengkap dicetak melalui Sistem ePerjawatan LUAS dan dokumen-dokumen sokongan ke alamat:

Pengarah,
Lembaga Urus Air Selangor,
Tingkat 13, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

LUAS adalah sebuah agensi pengurusan sumber air Negeri Selangor. Dengan adanya Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999, LUAS dilengkapi dengan peruntukan perundangan dan penguatkuasaan untuk melaksanakan tanggungjawab serta fungsinya dengan berkesan.

LUAS dipertanggungjawab untuk memastikan sumber air negeri, termasuk lembangan sungai, air bumi dan permukaan, tasik, kolam dan bekas lombong, serta pesisiran pantai Negeri Selangor supaya sentiasa berada di dalam keadaan terpelihara. Fungsi dan tanggungjawab ini dilaksanakan oleh LUAS melalui pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dan juga pendekatan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Institut Kerajaan – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

Warga emas merupakan golongan istimewa dalam masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada pembinaan negara sejak zaman muda, malah menjadi…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

Setiap hari, kita semua bergantung kepada keperluan asas untuk meneruskan kehidupan – makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, dan pendidikan. Namun…