muip

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober – November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong MUIP

  1. JURUTERA
  2. PENOLONG JURUTERA
  3. PENOLONG JURUAUDIT
  4. PENOLONG PEGAWAI SYARIAH
  5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
  6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
  7. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM
  8. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN

Syarat-Syarat Kelayakan

  • JURUTERA
    • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    • Berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia. (Gaji Permulaan ialah pada Gred J9 : RM 2,690.00);
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • PENOLONG JURUTERA
    • Sijil Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau
    • Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00);
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

  • PENOLONG JURUAUDIT
    • Sijil dalam bidang Pengajian Perniagaan atau Penyimpanan Kira yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
      dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W5: RM1,650.00); atau
    • Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred W5: RM1,650.00); atau
    • Diploma Perakaunan atau Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, Kewangan atau Perbankan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred W5: RM1,893.00); atau
    • Licentiate Of The Chartered Institute Of Secretaries And Administrators Of United Kingdom dalam bidang Pentadbiran Kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W5: RM2,316.00);
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • PENOLONG PEGAWAI SYARIAH
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred LS5: RM1,650.00); atau
    • Diploma dalam bidang Pengajian Islam (Syariah) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred LS5: RM1,893.00);
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

  • PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI)
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,500.00); atau
      b) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,500.00); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,561.00); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00);
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakuanan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,500.00); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,561.00); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,561.00); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,622.00) ; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,622.00);
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

  • PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
      • Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; serta
      • Lulus dalam subjek Bahasa Arab atau Bahasa Arab (Komunikasi). (Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,500.00); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,561.00); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,622.00);
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Kadar Elaun : RM1,500.00);
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
      Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan MUIP secara lengkap. Ia juga perlu dilampirkan bersama salinan sijil-sijil yang disahkan. Pemohon juga perlu menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat dan dihantar ke alamat:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,
MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG,
KOMPLEKS ISLAM SULTAN HAJI AHMAD SHAH (KISHAS),
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan serta disenarai pendek sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 07 NOVEMBER 2025.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…