UniSZA

Jawatan Kosong besar-besaran UniSZA, ambilan Ogos 2024: Gaji sehingga RM9,656

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

  1. PENGAJAR (JURURAWAT) U41
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Perubatan dan Kesihatan
    • Jadual Gaji: RM2,429 – RM9,656
  2. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Perubatan dan Kesihatan
    • Jadual Gaji: RM2,429 – RM9,656
  3. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G29
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Pertanian
    • Jadual Gaji: RM1,494 – RM5,674
  4. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G29
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Pertanian
    • Jadual Gaji: RM1,494 – RM5,674
  5. JURU X-RAY U29
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Perubatan dan Kesihatan
    • Jadual Gaji: RM1,797 – RM5,753
  6. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Perubatan dan Kesihatan
    • Jadual Gaji: RM1,797 – RM5,753
  7. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Perubatan dan Kesihatan
    • Jadual Gaji: RM1,797 – RM5,753
  8. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Kejuruteraan
    • Jadual Gaji: RM1,377 – RM4,052
  9. PEMBANTU KESELAMATAN KP19
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
    • Jadual Gaji: RM1,360 – RM4,052
  10. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S19
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial
    • Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
  11. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
    • Jadual Gaji: RM1,353 – RM4,005
  12. PEMBANTU AWAM H11
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
    • Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
  13. PEMANDU KENDERAAN H11
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
    • Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
  14. PEMBANTU OPERASI N11
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
    • Jadual Gaji: RM1,216 – RM2,983
  15. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
    • Jadual Gaji: RM1,205 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut syarat-syarat khusus setiap jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal e-Perjawatan UniSZA. Setiap permohonan bagi satu jawatan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sejumlah RM10.

Setiap pemohon mestilah memuatnaik Curriculum Vitae (CV), gambar berukuran passport, sijil akademik berserta transkrip dan sijil-sijil lain yang berkaitan. Kegagalan  berbuat demikian akan menyebabkan permohonan tidak diproses.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan jawatan dikategorikan sebagai tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 21 OGOS 2024, RABU.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada awalnya bermula sebagai Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). KUSZA mula beroperasi pada 1 Januari 1980 di Batu Burok sebelum berpindah ke Bangunan Hajah Wook di Pulau Kambing pada tahun 1981.

KUSZA kemudian dinaik taraf ke universiti dan menjadi Universiti Darul Iman (UDM). UDM telah menjalani proses penjenamaan semula pada 14 Mei 2010 dan dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Pada 29 November 2013, logo UniSZA baharu telah diperkenalkan. UniSZA kini beroperasi di tiga kampus iaitu Kampus Gong Badak (Kuala Nerus) sebagai kampus induk, Kampus Perubatan (Kuala Terengganu), dan Kampus Besut, serta mengendalikan pejabat satelit di Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…