IDFR

Jawatan Kosong Dalam Institut Kerajaan IDFR Ambilan Disember 2024: Gaji RM2,250 – RM11,110

Pada ketika ini, Institut Diplomasi & Hubungan Luar Negeri (IDFR) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Institut Diplomasi & Hubungan Luar Negeri (IDFR)

PEGAWAI BAHASA (RUSIA) GRED 41

  • Taraf Jawatan: Kontrak Perkhidmatan (COS)
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
  • Jadual Gaji: RM2,250 – RM11,110
  • Kenaikan Tahunan: RM225

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada dua puluh dua (22) tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan (Bahasa Rusia dan lain- lain bidang yang berkaitan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Syarat Bahasa Melayu memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office dan perisian lain yang biasa digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran; 6. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan Malaysian University English Test (MUET) Band 4 dan ke atas; dan
  • Calon fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris.

Bidang Tugas

Bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan, menyelia projek tesis, mengurus kerja-kerja amali, tutorial, menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar permohonan ke alamat e-mel: [email protected] dengan tajuk “Pegawai Bahasa (Rusia) Gred 41” dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Resume lengkap berserta gambar berukuran pasport;
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan sijil kelahiran;
  • Salinan sijil berhenti sekolah;
  • Salinan sijil kelulusan akademik termasuk sijil SPM;
  • Salinan transkrip akademik; dan
  • Salinan sijil lain yang berkaitan.

 

Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperaku sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Professional (Gred 41 dan ke atas)

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Calon-calon yang berkelayakan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 06 DISEMBER 2024. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri atau lebih dikenali sebagai IDFR telah ditubuhkan pada 1 Julai 1991 di bawah Jabatan Perdana Menteri susulan keputusan Kabinet pada 6 Mac 1991. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada tahun yang sama iaitu pada 12 Ogos 1991.

Pada 27 Mac 2001, IDFR secara rasminya telah menjadi sebahagian daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia. Selepas perpindahan Wisma Putra ke lokasi baru di Putrajaya, tapak lama kementerian telah dijadikan kampus IDFR. Kampus baru yang terletak di Jalan Wisma Putra telah dibuka secara rasmi pada 2006.

IDFR mengendalikan program-progran latihan bagi pegawai-pegawai diplomatik Malaysia serta pegawai-pegawai dari kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Selain daripada kursus teras yang ditawarkan oleh pihak IDFR iaitu kursus latihan diplomatik, IDFR juga menyediakan latihan kemahiran professional bagi membantu pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat.

Program-program latihan tersebut bertujuan untuk melengkapkan pegawai dengan kemahiran dan pengetahuan bagi menghadapi cabaran ketika melaksanakan tugasan baik di dalam negera mahupun luar negera. Selain itu, para peserta kursus di IDFR turut ditawarkan untuk mempelajari bahasa-bahasa asing seperti bahasa Mandarin, bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan juga bahasa Arab.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

Warga emas merupakan sebahagian penting daripada masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan pengalaman yang tidak ternilai dalam membangunkan…
RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan satu fasa penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan permulaan kepada pengembaraan…