Jawatan kosong di Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi: Gaji RM1,767 – RM10,145.50

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) sebuah institut di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. EKSEKUTIF (KHIDMAT PENGURUSAN DAN KOMUNIKASI KORPORAT)
    • Taraf jawatan: Tetap
    • Gaji: RM2,680.00 – RM10,145.50
  2. EKSEKUTIF (PERANCANGAN STRATEGIK, LATIHAN & PENGIKTIRAFAN)
    • Taraf jawatan: Tetap
    • Gaji: RM2,680.00 – RM10,145.50
  3. PENOLONG EKSEKUTIF
    • Taraf jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,953.00 – RM6,088.40
  4. PEMBANTU TADBIR
    • Taraf jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,767.00 – RM4,418.00

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya minimum 2 – 5 tahun dalam bidang berkaitan akan diberikan keutamaan;
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik, berintegriti dan perwatakan menarik;
  • Mempunyai lesen memandu Kelas D dan memiliki kenderaan sendiri.

*Senarai lengkap syarat-syarat kelayakan setiap jawatan boleh rujuk – DI SINI

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan jawatan boleh di buat dengan mengemukakan resume berserta gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan dan sijil akademik ke alamat e-mel: [email protected]

Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat. Setiap pemohon hanya boleh memohon satu jawatan yang diiklankan sahaja.​

Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga. Manakala, permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 15 OKTOBER 2021 (JUMAAT). 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…