Jawatan kosong di Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim: Gaji sehingga RM9,546

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI TADBIR – N41
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,080 – RM9,546
  2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – N29
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA – JA29
    1. Taraf: Kontrak
    2. Gaji: RM1,549 – RM5,701
  4. PEMBANTU PENGUAT KUASA – KP19
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,360 – RM4,052
  5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) – N19
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Keutamaan diberikaan kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

*Maklumat lengkap syarat-syarat kelayakan bagi setiap jawatan – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan (muat turun DI SINI) secara lengkap dan tepat.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan berikut:

  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Sijil Akademik;
  • Salinan Sijil Ko-kurikulum;
  • Salinan dokumen berkaitan.

 

Borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan seterusnya hendaklah dihantar ke alamat:

YANG DIPERTUA
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM
LOT 01-03, KHTP ADMINISTRATIVE CENTRE,
KULIM HI-TECH PARK,
09090 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 30 DISEMBER 2021, KHAMIS.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…