JHEV

Jawatan kosong ditawarkan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV): Minima SPM, Gaji RM1,700 – RM2,100

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)

PERSONEL MYSTEP

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Tawaran Gaji: 
    • Ijazah Sarjana Muda dan setaraf: RM2,100
    • Diploma dan setaraf: RM1,900
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf: RM1,700
  • Kemudahan: Cuti Sakit, Cuti Rehat, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
  • Tempat bertugas: Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara berumur 18 hingga 45 tahun;
  • Keutamaan kepada veteran atm, anak veteran atm dan terbuka kepada orang awam;
  • Kemahiran komunikasi, pengurusan dan penggunaan komputer yang baik;
  • Telah lengkap vaksinasi.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengantar Resume (beserta gambar), Sijil Akademik, Sijil Vaksinasi dan Kad Pengenalan ke alamat e-mel: [email protected]. Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang mengisi maklumat yang lengkap dan memenuhi kriteria yang layak sahaja dipertimbangkan untuk disenarai pendek.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 14 JULAI 2024 (AHAD).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat Tambahan

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) telah ditubuhkan pada 11 Oktober, 2000 dan ia diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Pertahanan Malaysia. JHEV telah memulakan operasi secara rasminya pada 1 Januari, 2001 dengan berlokasi di Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Objektif utama jabatan ini adalah bagi membantu para pesara Angkatan Tentera Malaysia dalam meningkatkan taraf sosioekonomi setelah menamatkan perkhidmatan dalam ATM.

Fungsi – fungsi utama penubuhan Jabatan Hal Ehwal Veteren ATM ini adalah seperti berikut:

  • Menggubal dasar bagi melindungi kepentingan di samping mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan Veteran ATM;
  • Merancang dan melaksanakan Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV;
  • Memantau pelaksanaan kursus/latihan , Pra Latihan Peralihan, Latihan Peralihan dan Pasca Peralihan yang dikendalikan oleh PERHEBAT;
  • Membantu Veteran ATM mendapatkan pekerjaan kedua di sektor awam dan swasta;
  • Membantu mendapatkan peluang pekerjaan kedua di sektor awam dan swasta;
  • Membantu mendapatkan peluang dan kemudahan dalam bidang keusahawanan serta menyelaras khidmat bantuan dari jabatan dan Agensi Kerajaan berkaitan;
  • Mengurus dan memantau faedah-faedah persaraan dan tuntutan bayaran balik perubatan Veteran ATM;
  • Memupuk dan mengekalkan kesedaran orang awam terhadap sumbangan dan pengorbanan Veteran ATM.

 

Objektifnya pula adalah: mewujudkan komuniti Veteran ATM yang sejahtera; memberi khidmat One Stop Centre yang cekap dan profesional kepada Veteran ATM; merancang dan melaksanakan Skim Bantuan Kebajikan, Sosioekonomi Veteran ATM dan Pendidikan anak-anak; menggubal dasar hal-hal berkaitan Veteran ATM dan melaksana program promosi yang efektif bagi meningkatkan lagi imej jabatan.

Jabatan ini juga telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada veteran ATM, antaranya seperti Bantuan Sara Hidup; Bantuan Persekolahan; Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi ( IPT ); Bantuan Peralatan Pesakit dan Bantuan Bencana Alam.

Setakat 30 April 2024, sebanyak 28,828 daripada 41,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di seluruh negara sudah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM300 sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…
Tarikh Rasmi Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 - RM500 'one-off' & Senarai Penuh Penerimanya

Tarikh Rasmi Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 - RM500 'one-off' & Senarai Penuh Penerimanya

Penjawat awam memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran dan pembangunan negara. Mereka terdiri daripada pelbagai sektor, termasuk pendidikan, kesihatan,…
Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Dalam landskap ekonomi Malaysia, masyarakat sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan pendapatan utama, dengan dua daripadanya yang paling kerap dibincangkan ialah…