Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
KERANI PENTADBIRAN GRED K1
- Taraf Jawatan: Anggota Projek FAMA (Kontrak)
- Penempatan: Pejabat FAMA Negeri Selangor
- Gred Jawatan: Gred K1
- Jadual Gaji: RM1,324.95 – RM3,291.20
- Kenaikan Tahunan: RM65
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur antara 18 hingga 35 tahun;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu;
- Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik;
- Kebolehan menguasai bahasa lain merupakan satu kelebihan;
- Mempunyai kemahiran MS Office (MS Word,MS Excel dan MS Power Point);
- Mempunyai pengalaman dalam pengurusan data (Data entry,data cleaning dan lain-lain yang berkaitan);
- Mempunyai kemahiran komunikasi, rajin, berdikari, terbuka menerima teguran, menepati masa dan bersedia belajar perkara baharu;
- Keutamaan kepada calon yang menetap di Negeri Selangor;
- Keutamaan kepada calon yang mahir dalam perisisan Google Form;
- Keutamaan kepada calon yang mempunyai lesen memandu dan pengangkutan pesendirian;
- Sihat tubuh badan.
Bidang Tugas
- Melaksanakan kutipan data lapangan dan kemasukan data ke dalam sistem;
- Membantu gerak kerja pelaksanaan kajian kutipan data di lapangan agar dapat dilaksana dalam garis masa yang ditetapkan;
- Membantu mendapat, menyusun dan membersihkan data sekunder;
- Membantu memasukan data dan menyediakan rekod serta melaksanakan tugas perkeranian am;
- Membantu tugas pentadbiran;
- Menguruskan dokumen pentadbir dan pemfailan;
- Menngendalikan tugas ad-hoc pentadbir seperti yang diperlukan;
- Melaksanakan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang FAMA 1-08p. Permohonan hendaklah dilampirkan bersama salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Lesen Memandu,Sijil SPM/SRP/PMR/PT3/Diploma,Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.
Manakal, bago permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing yang disertakan dengan Laporan Nilai Prestasi (LNPT) yang terkini.
Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat dan dihantar ke alamat:
Pejabat FAMA Negeri Selangor
Batu 13, Jalan Jurutera
Jalan Kelang – Puchong
47100 Puchong
Selangor Darul Ehsan
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 29 JULAI 2024, ISNIN.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ditubuhkan pada 30 September 1965 di bawah Akta 141 merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur–sayuran, buah–buahan dan bunga-bungaan serta produk–produk industri makanan dan asas tani.
Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam memperluaskan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri makanan tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna.