Pada ketika ini, Kolej FELCRA sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Kolej FELCRA
- PENSYARAH KEUSAHAWANAN (GRED BAND 3A)
- EKSEKUTIF HAL EHWAL PELAJAR – PENYELIA KEDIAMAN PELAJAR (GRED BAND 1A)
Syarat-Syarat Kelayakan
PENSYARAH KEUSAHAWANAN (GRED BAND 3A)
- Warganegara Malaysia;
- Memiliki ljazah Sarjana Muda Keusahawan/Keusahawan Digital/Teknopreneur dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh MQA dan/atau JPA dalam bidang berkaitan;
- Mendapat kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh mana-mana kolej;
- Mempunyai kemahiran yang sangat baik dalam komunikasi dan kemahiran penyampaian;
- Mempunyai kemahiran yang cekap dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Inggeris;
- Memiliki kemahiran asas komputer.
EKSEKUTIF HAL EHWAL PELAJAR – PENYELIA KEDIAMAN PELAJAR (GRED BAND 1A)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun sehingga 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia. Calon yang memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Diploma yang berkaitan dari Universiti tempatan atau yang diiktiraf oleh MQA atau setaraf dengannya digalakkan untuk mengemukakan permohonan;
- Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
- Memiliki lesen memandu kelas D;
- Mempuyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
- Keutamaan kepada yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan aktiviti pelajar dan bergiat aktif dalam kokurikulum;
- Bekas anggota beruniform adalah diutamakan. i) Sihat tubuh badan dan tidak rabun malam;
- Keutamaan kepada calon perempuan.
Bidang Tugas
EKSEKUTIF HAL EHWAL PELAJAR – PENYELIA KEDIAMAN PELAJAR (GRED BAND 1A)
- Bertangungjawab membantu menguruskan tugas-tugas domestik,penginapan dan kelengkapan asrama;
- Memastikan tempat tinggal penghuni asrama berada dalam keadaan selamat, bersih dan kemas serta merancang anggaran keperluan kewangan dan mengawal perbelanjaan;
- Memantau dan menguatkuasa sebarang peraturan Kolej FELCRA dan asrama agar terpelihara ketenteraman dan keharmonian;
- Menyelaraskan aktiviti pelajar dan membantu meningkatkan kebajikan sosial pelajar-pelajar. Memantau disiplin penghuni asrama dan menyediakan laporan penyeliaan;
- Menjalankan tugas pendaftaran masukikeluar penghuni asrama serta mengemaskini senarai nama dan kedudukan bilik penghuni asrama setiap masa;
- Memastikan penghuni mematuhi peraturan-peraturan asrama serta mengawal keluar/masuk pelajar mengikut masa yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan;
- Melakukan rondaan bagi memastikan penghuni,aset,bangunan dan persekitaran berada dalam keadaan selamat;
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap dan dilampirkan bersama resume; salinan Kad Pengenalan; salinan Sijil Kelahiran; salinan Sijil Akademik PMR/SPM/STPM/Diploma; Salinan Sijil Akademik ljazah Sanana Muda/Sarjana/Phd; salinan Sijil Kokurikulum dan lain-lain sijil berkaitan.
Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung/Ketua Kaum). Sila tulis (nama jawatan yang dipohon) di ruangan tajuk email dan menghantarnya ke alamat: [email protected]
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Tarikh tutup permohonan pada 08 Oktober 2024.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.