Jabatan Perangkaan Malaysia

Jawatan Kosong ILMIA, Jabatan Perangkaan Malaysia: Ambilan Jun 2025

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini membuka pengambilan bagi jawatan MySTEP Pegawai Penyelidik Kajian Perburuhan di bawah pasukan ILMIA (Institut Maklumat & Analisis Pasaran Buruh). Peluang ini terbuka kepada individu yang berminat untuk menyumbang dalam bidang penyelidikan dan pembangunan data berkaitan pasaran buruh negara.

Jika anda seorang yang berkelayakan, berdedikasi dan bersedia menyahut cabaran dunia penyelidikan, inilah peluang untuk anda menyertai sebuah institusi kerajaan yang progresif dan berprestij.

Penempatan: Cyberjaya, Selangor

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Ijazah Sarjana atau Sarjana Muda atau kelayakan yang setara;
  • Berumur di antara 23 hingga 35 tahun;
  • Mempunyai kemahiran dalam MS Office (MS Word, MS Excel, MS Power Point dan MS Publisher);
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam perisian SPSS atau Tableau, Canva atau lain-lain perisian infografik;
  • Mempunyai pengalaman dalam pengurusan data (data entry, data cleansing dan lain-lain yang berkaitan);
  • Berinisiatif, rajin, berdikari, terbuka menerima teguran, kemahiran komunikasi yang baik, menepati masa dan bersedia belajar perkara baharu;
  • Mempunyai minat dalam penerbitan, penulisan dan penyediaan kertas kerja;
  • Sihat tubuh badan dan berperwatakan menarik;
  • Mempunyai komputer riba dan kenderaan sendiri; dan
  • Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima.

Bidang Tugas

  • Membantu dalam melakukan carian maklumat yang berkaitan dengan kajian;
  • Menjalankan tugasan-tugasan kutipan data di lapangan;
  • Melakukan promosi kajian bagi tujuan hebahan kutipan data melalui media sosial;
  • Memantau pencapaian survei atas talian dan membuat susulan kepada responden kajian supaya sasaran dapat dicapai;
  • Melaksanakan proses data cleansing dan analisis data;
  • Bertanggungjawab sebagai urusetia bagi mesyuarat, perbincangan, sesi temuduga mendalam (IDI) dan perbincangan kumpulan berfokus (FGD) yang melibatkan kajian;
  • Membantu menyediakan laporan kajian dan penerbitan bersama pasukan kajian ILMIA; dan
  • Melaksanakan tugasan-tugasan lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs.

Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat Tambahan

Pada November 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan sebuah institut yang bebas dan dikenali sebagai Institut Perburuhan Malaysia (INPEK) untuk melaksanakan dan menyelaraskan penyelidikan dan pendidikan dalam bidang buruh dan guna tenaga. INPEK kemudiannya diberi identiti baharu sebagai Institut Sumber Manusia Kebangsaan (ISMK) pada tahun 2007.

Pada dasarnya, penubuhan ISMK berperanan sebagai sebuah pusat penyelidikan kepakaran kebangsaan untuk perancangan dan pembangunan sumber manusia; hubungan industri dan undang-undang pekerjaan; pasaran buruh dan hal-hal berkaitan dengan guna tenaga.

Fungsi ISMK turut merangkumi penyediaan pendidikan dan latihan bagi buruh dan guna tenaga menerusi penganjuran pelbagai seminar, bengkel, dialog, persidangan dan kursus. Satu lagi misi utama ISMK adalah untuk menyokong dasar dan strategi pembangunan sumber manusia kerajaan menerusi penyediaan input-input berasaskan bukti mengenai buruh dan guna tenaga.

Pada 19 April 2011, sebuah Cabinet Workshop telah membentangkan hasil penemuan daripada Human Capital Development Lab yang dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri. Salah satu hasil makmal berkenaan bersetuju dengan cadangan untuk menjenamakan semula ISMK menjadi Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA).

Penjenamaan semula ILMIA ini telah berkuat kuasa secara rasmi pada 1 Mei 2012. ILMIA dihasratkan untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan kebangsaan yang bebas di bawah pengawasan langsung Kementerian Sumber Manusia, Malaysia bagi analisis trend pasaran buruh dan isu modal insan terbaharu yang akan membolehkan perancangan sumber manusia yang lebih mantap dan perumusan dasar buruh yang lebih berkesan.

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia yang semakin mencabar, dua kumpulan yang sering menjadi tumpuan dalam perbincangan dasar dan kebajikan ialah golongan…
Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…