ikim

Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ~ Gaji RM2,256 hingga RM5,994

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

SETIAUSAHA PEJABAT GRED N29

  • Kumpulan : Pelaksana
  • Taraf Jawatan : Tetap (Tempoh percubaan satu hingga maksimum tiga tahun)
  • Jadual Gaji: RM2,256 – RM5,994
  • Kekosongan: 4

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 23 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh IKIM; atau
    • Diploma Kesetiausahaan/Sains Kesetiausahaan/Pengurusan Kesetiausahaan yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mempunyai pengalaman tidak kurang dua tahun dalam bidang berkaitan; dan
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik dan pengalaman bekerja yang berkaitan dengan bidang tugas.

Bidang Tugas

  • Membantu Pengarah/Pengurus sebagai Urus Setia bagi mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa di bawah seliaan seperti urusan draf surat-menyurat, laporan, bertanggungjawab mengedar cabutan Minit Mesyuarat yang diterima oleh Pengarah/Pengurus untuk maklum balas pegawai yang berkenaan, bertanggungjawab mengumpul dan menghantar laporan-laporan yang telah lengkap untuk disemakterlebih dahulu oleh Pengarah/Pengurus sebelum didokumentasikan, menguruskan penyediaan lokasi dan logistik mesyuarat-mesyuarat yang melibatkan pihak luar, menyelenggara dan mengemaskini fail Pengarah/Pengurus dari semasa ke semasa;
  • Menerima panggilan telefon bagi pihak Pengarah;
  • Membuat kerja-kerja kesetiausahaan seperti mengambil catatan dan menaip surat, laporan, memo, Minit Mesyuarat dan lain-lain;
  • Mengatur temu janji bagi pihak Pengarah/Pengurus;
  • Menerima dan meraikan tetamu Pengarah/Pengurus;
  • Mengemaskini jadual harian Pengarah/Pengurus setiap masa;
  • Membuat jadual perjalanan dan tempahan penginapan bagi pihak Pengarah/Pengurus;
  • Membuat tuntutan perjalanan bagi pihak Pengarah/Pengurus;
  • Menguruskan kunjungan hormat ke agensi luar yang berkaitan; dan
  • Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan surat permohonan berserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 2, Langgak Tunku, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 KUALA LUMPUR (u.p.: Unit Modal Insan (UMIN))

Setiap salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. Pemohon juga dikehendaki menyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga.

Permohonan calon dikira gagal sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga bulan dari tarikh iklan ditutup.

Tarikh tutup permohonan pada 18 SEPTEMBER 2024 (4.30 PETANG).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…