nahrim

Jawatan kosong Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM): Gaji RM2,315 – RM9,618

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

  1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 (SAINS GEOMATIK)
    1. Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
    2. Jadual Gaji: RM2,315 – RM9,618
    3. Taraf Pelantikan:
      • Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
      • Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
  2. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 (SAINS GUNAAN)
    1. Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
    2. Jadual Gaji: RM2,315 – RM9,618
    3. Taraf Pelantikan:
      • Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
      • Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,315.00); atau
    • Ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,418.66); atau
    • Ijazah sarjana muda kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,522.44); atau
    • Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,730.00); atau
    • Ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,833.78); atau
    • Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM3,145.11).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

  • Menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.
  • Menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.
  • Melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 24 JUN 2024 (ISNIN).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI dan permohonan boleh dibuat DI SINI.

NAHRIM ditubuhkan pada tahun 1993 dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1995. Objektif utamanya adalah bagi menjadi pusat kecemerlangan unggul dan rujukan utama dalam bidang hidro persekitaran; menjadi Pusat Tumpuan Kebangsaan (National Focal Point) bagi menyelaras aktiviti penyelidikan dalam bidang hidro persekitaran dan menjadi pusat khidmat pakar atau perundingan dalam projek-projek pembangunan yang berkaitan dengan hidro persekitaran.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kini sedang membuka pengambilan banyakJ jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…