intan

Jawatan kosong Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 2024: Tawaran gaji RM2,100/sebulan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

PEGAWAI MEDIA

  • Jenis Jawatan: Personel MySTEP GRED 41
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Tawaran Gaji: RM2,100/sebulan
  • Manfaat: Cuti Sakit, Cuti Rehat, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan;
  • Berkemahiran dalam menghasilkan kandungan media sosial dan menyediakan copywriting;
  • Berkebolehan dalam pengisian pelbagai platform media sosial, suntingan poster dan video.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan resume dan sijil-sijil berkaitan ke alamat e-mel: [email protected].

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang mengisi maklumat yang lengkap dan memenuhi kriteria yang layak sahaja dipertimbangkan untuk disenarai pendek.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 12 JULAI 2024 (JUMAAT).

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) adalah sebuah pusat latihan yang terletak di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia. Ia bermula di sebuah bangunan kecil di Port Dickson pada bulan September 1959 yang ketika itu dikenali sebagai Pusat Latihan Kakitangan. Pusat ini pada asalnya memberikan kursus kepada pegawai-pegawai berkaitan pentadbiran tanah, pentadbiran kewangan, pengurusan pejabat dan pentadbiran kerajaan tempatan.

Hasrat untuk menyediakan latihan lebih formal kepada pegawai-pegawai kerajaan telah menyebabkan wujudnya Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Jalan Elmu, Kuala Lumpur pada bulan Jun 1972.

Perkembangan pesat latihan oleh INTAN dalam tahun 1980-an juga telah menyaksikan tertubuhnya beberapa kampus cawangan pada tahun 1983. Antaranya seperti Kampus Wilayah Utara (INTURA) di Sungai Petani, Kedah; Kampus Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman, Terengganu dan Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) di Kluang, Johor.

Menjelang tahun 1984, Kampus Utama INTAN yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya manakala INTAN di Jalan Elmu kemudian dijadikan Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH) pada tahun 1998. Permintaan terhadap program latihan INTAN yang semakin bertambah kemudian telah mewujudkan penubuhan dua lagi kampus cawangan. Kampus Sarawak di Kuching, Sarawak telah diwujudkan pada tahun 1999 manakala Kampus Sabah dibuka pada tahun 2001.

Sebagai sebuah pusat pembelajaran yang premier, INTAN terus melengkapkan pegawai perkhidmatan awam dengan kemahiran dan pengetahuan di samping memantapkan intelektual, sahsiah dan kompetensi penjawat awam agar terus berdaya saing untuk memacu organisasi ke arah pembangunan holistik dan meningkatkan produktiviti organisasi ke arah negara maju.

INTAN juga telah menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini sesuai dengan kehendak situasi semasa melalui pelaksanaan kursus, seminar, bengkel dan kursus dalam talian yang berimpak tinggi bagi memberi kemudahan kepada penjawat awam mengikuti kursus pada bila-bila masa di mana sahaja.

Visi INTAN adalah Untuk Menjadi Institusi Pembelajaran Sektor Awam Yang Unggul. Manakala, misinya pula Untuk Membangunkan Modal Insan Sektor Awam Yang Kompeten Melalui Pembelajaran Berkualiti.

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…