Jabatan Akauntan Negara

Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) 2025

Pada ketika ini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

EKSEKUTIF AKAUN

  • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM2,100/sebulan

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Kewangan/Ekonomi/ Pengurusan Pentadbiran Perniagaan Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan Malaysia dan/ atau kelayakan yang setaraf dengannya;
  • Mempunyai kemahiran menggunakan MS Office;
  • Kemahiran menganalisa data diberi keutamaan;
  • Menetap di sekitar Cyberjaya/ Putrajaya/ Dengkil/ Sepang/ Seri Kembangan/ Puchong/ Bangi (diberi keutamaan);
  • Boleh memberi komitmen untuk bertugas luar pejabat sekiranya diperlukan;
  • Berdisiplin, berdedikasi serta boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat melalui pautan yang diberikan di hebahan rasmi. Calon disarankan meneliti syarat-syarat kelayakan dan memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan.

Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 26 FEBRUARI 2025 (RABU) SEBELUM JAM 4 PETANG.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. JANM bermula dari satu bangunan pejabat yang kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di persimpangan Jalan Melaka dan Jalan Tun Perak (Mountbatten Road). Pejabat ini kemudiannya ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dan seterusnya di Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pada masa kini, JANM beroperasi di Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya. Visi jabatan ini adalah sebagai Peneraju Terbilang dalam Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Pengurusan Sektor Awam.

Manakala, misinya adalah bagi mengukuhkan Pengurusan Kewangan Sektor Awam secara berhemat dengan dasar yang progresif dan sistem perakaunan yang efisien menerusi kakitangan profesional dan kolaborasi strategik.

Objektif JANM pula adalah seperti berikut:

  • Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan Kerajaan Persekutuan;
  • Mempertingkatkan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan agensi kerajaan;
  • Membantu kerajaan dalam membuat keputusan yang berkesan;
  • Membangun dan melaksanakan sistem pengurusan sumber manusia bagi perkhidmatan perakaunan;
  • Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965.

 

Fungsi JANM ditetapkan seperti berikut:

  • Menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan mengikut kehendak perundangan dan piawaian perakaunan yang diterima umum selaras dengan seksyen 16, Akta Tatacara Kewangan [Akta 61];
  • Menguruskan dana dan aliran tunai Kerajaan;
  • Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965 [Akta 370];
  • Mewujudkan sistem maklumat perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138;
  • Menguruskan perkhidmatan perakaunan Kerajaan;
  • Memastikan pematuhan dan penguatkuasaan tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang berkaitan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138;
  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan perakaunan dan kewangan kepada Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138;
  • Menguruskan skim perkhidmatan perakaunan di bawah Ketua Perkhidmatan Akauntan Negara Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2010;
  • Membangunkan modal insan dalam bidang perakaunan dan kewangan sektor awam.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Tunai RM500 Dibayar Minggu Depan: Semak Senarai Penuh Penerima

Bantuan Tunai RM500 Dibayar Minggu Depan: Semak Senarai Penuh Penerima

Penjawat awam memainkan peranan penting dalam menggerakkan jentera pentadbiran negara. Mereka terdiri daripada pelbagai lapisan pekerjaan, termasuk guru, anggota keselamatan,…
Cara Menggunakan SARA RM100 - RM200 yang Dikreditkan Dalam MyKad Setiap Bulan

Cara Menggunakan SARA RM100 - RM200 yang Dikreditkan Dalam MyKad Setiap Bulan

Dalam kehidupan seharian, keperluan asas memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan setiap individu. Keperluan asas merujuk kepada perkara utama yang…
Pelbagai Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Pahang ~ Kelayakan Minima SPM

Pelbagai Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Pahang ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…