alam sekitar

Jawatan kosong Jabatan Alam Sekitar (JAS) ambilan Jun 2024: Kelayakan minima SPM

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Jabatan Alam Sekitar (JAS)

  1. PERSONEL MYSTEP
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM1,500 – RM1,999
  2. PERSONEL MYSTEP GRED 29 (SEKSYEN SUMBER MANUSIA)
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: Rujuk hebahan rasmi

Syarat-syarat Kelayakan

  • PERSONEL MYSTEP
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Memiliki sekurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), O Level / SKM Level 1 / SKM Level 2 / SKM Level 3 atau setaraf dengannya.
  • PERSONEL MYSTEP GRED 29 (SEKSYEN SUMBER MANUSIA)
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Memiliki sekurangnya Diploma atau setaraf dengannya.

Bidang Tugas

  • PERSONEL MYSTEP
    • Bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi pada peringkat kumpulan pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan kewangan pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat serta pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi.
    • Bertanggungjawab dalam penyediaan bahan-bahan yang berkaitan dengan urusan surat/memo, minit ceraian/ mesyuarat, minit bebas, brosur dan lain-lain.
  • PERSONEL MYSTEP GRED 29 (SEKSYEN SUMBER MANUSIA)
    • Menyedia dan membangunkan Sistem Pengurusan Data Pegawai yang akan digunakan bagi memastikan urusan pengurusan sumber manusia JAS dapat dilaksanakan dengan sistematik dan holistik.
    • Membantu urusan perkhidmatan, kenaikan pangkat, perjawatan dan latihan di Seksyen Sumber Manusia.
    • Membantu keurusetiaan Mesyuarat/Bengkel/Latihan dan Program Rasmi Jabatan.
    • Membantu menyediakan infografik bagi pengumuman Seksyen Sumber Manusia.
    • Membantu membuat hebahan dan mengumpul data bagi pelaksanaan sistem kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
    • Membantu menyediakan slide untuk mesyuarat/majlis Jabatan dan lain-lain berkaitan.
    • Menjalankan tugas mengikut arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs. Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak majikan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah sebuah jabatan kerajaan dan ia berdasarkan  Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) yang telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari.

Tujuan DASN adalah untuk mencapai; Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan, Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan semua sektor masyarakat, dan Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.

Terdapat lapan  prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:

  • Pengawasan Alam Sekitar;
  • Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam;
  • Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar;
  • Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli;
  • Membuat Keputusan Bersepadu;
  • Peranan Sektor Swasta;
  • Komitment dan Kebertanggungjawaban;
  • Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa.

 

DASN juga bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

Warga emas merupakan sebahagian penting daripada masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan pengalaman yang tidak ternilai dalam membangunkan…
RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan satu fasa penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan permulaan kepada pengembaraan…