kerja raya

Jawatan kosong Jabatan Kerja Raya (JKR): Kelayakan minima lulus SPM, Ambilan Jun 2024

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Kerja Raya (JKR) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Jabatan Kerja Raya (JKR)

PEMBANTU TADBIR

  • Taraf Pelantikan: Personel MySTEP
  • Gaji: RM1,700
  • Kemudahan: Caruman KWSP, Caruman PERKESO, Cuti Rehat dan Cuti Sakit

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Cekap menggunakan perisian Microsoft Word dan Microsoft Excel.

Bidang Tugas

  • Menguruskan rekod dan dokumentasi pejabat;
  • Melaksanakan urusan perolehan dan stor utama alat tulis pejabat;
  • Menguruskan permohonan keluar/masuk kuarters;
  • Lain-lain tugas yang diarahkan.

Cara Memohon jawatan Jabatan Kerja Raya

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan resume terkini beserta gambar dan transkrip akademik ke alamat e-mel: [email protected]

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang mengisi maklumat yang lengkap dan memenuhi kriteria yang layak sahaja dipertimbangkan untuk disenarai pendek.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 01 JULAI 2024, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Sekitar tahun 1858, jawatan Ketua Jurutera bagi Negeri-Negeri Selat telah ditubuhkan. Jabatan Ukur yang telah ditubuhkan pada tahun 1839 telah disatukan dengan pejabat Jurutera Jajahan pada tahun 1871, di bawah polisi penyatuan yang dimula gerakkan oleh Sir Harry Ord, di mana Mejar F.A. McNair telah memegang jawatan tersebut. Beliau telah menyusun semula jabatan pada tahun 1873 dengan menempatkan Kapten W. Innes sebagai Penolong Pertama Jurutera dan Juru Ukur di Negeri Pulau Pinang dan seorang lagi di Melaka.

Sehingga 31 Disember 1931 di Tanah Melayu terdapat dua Jabatan Kerja Raya yang berasingan. Jurutera Jajahan Negeri-Negeri Selat adalah bertanggungjawab bagi Negeri-Negeri Selat manakala Pengarah Kerja Raya, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bagi Negeri-Negeri Bersekutu dan seorang Jurutera dipinjamkan bagi menjalankan tugas-tugas untuk Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Pada 1 Januari 1932 kedua-dua jabatan telah disatukan menjadi satu Perkhidmatan Kerja Raya Malaya yang berpusat di Singapura dengan nama ‘Pengarah Kerja Raya, Negeri-Negeri Selat’ dan ‘Penasihat Kerja Raya Negeri Melayu’.

Visi utama JKR adalah untuk menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

Misi JKR pula adalah seperti berikut:

  • Membantu pelanggan dalam menyampaikan hasil polisi dan perkhidmatan melalui kerjasama rakan kongsi strategik
  • Pemiawaian proses-proses dan sistem demi penyampaian hasil yang konsisten
  • Menyediakan pengurusan aset dan projek yang berkesan dan inovatif
  • Memperkasa kompetensi kejuruteraan sedia ada
  • Membangunkan modal insan dan kompetensi-kompetensi baru
  • Berpegang teguh kepada integriti dalam menyampaikan perkhidmatan
  • Membina hubungan yang harmoni dengan komuniti
  • Memelihara persekitaran di dalam penyampaian perkhidmatan

 

Secara amnya, JKR diwujudkan untuk berfungsi sebagai rakan kongsi strategik kepada pelanggan kami dalam mencapai keberhasilan polisi kerajaan; menjadi peneraju di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kecemerlangan kejuruteraan untuk negara dan menyediakan infrastruktur negara.

ARTIKEL BERKAITAN

Semak penerima, tarikh & jumlah bayaran STR Fasa 4 bulan depan (November 2024)

Semak penerima, tarikh & jumlah bayaran STR Fasa 4 bulan depan (November 2024)

Pengenalan pelbagai jenis bantuan/inisiatif adalah sebahagian daripada usaha pihak Kerajaan (Persekutuan atau Negeri) untuk meringankan beban rakyat mendapani cabaran kos…
Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan, sentiasa terpelihara. Melalui pelbagai inisiatif bantuan kebajikan, kerajaan menyediakan…
Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar, ramai di kalangan rakyat Malaysia merasa terhimpit dengan beban kewangan yang…