Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPerlis) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
PERSONEL MYSTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM2,000/sebulan
- Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP & Caruman PERKESO
Syarat-syarat Kelayakan
- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Resume beserta gambar; Salinan Kad Pengenalan; Salinan Sijil-Sijil Akademik dan Sijil Digital Vaksinasi C-19, dihantar ke alamat e-mel: [email protected].
Pemohon juga hendaklah memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 31 JULAI 2022, AHAD.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan boleh dirujuk DI SINI.