jabatan laut malaysia

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM): Permohonan Dibuka Sehingga 09 Mei 2025

Pada ketika ini, Jabatan Laut Malaysia (JLM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Jabatan Laut Malaysia (JLM)

JURUTEKNIK TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Waktu Kerja: Waktu Biasa
  • Sektor: Pengangkutan Air
  • Gaji: RM1,500 – RM1,999

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Memiliki kelayakan minimum Diploma / Diploma Lanjutan / Diploma Graduan Atasan / DVM / DKM Tahap 4 / DLKM Tahap 5.

Bidang Tugas

  • Menghasilkan konsep rekaan bahan penerbitan seperti buku, majalah, flyers dan sebagainya berbentuk digital;
  • Membantu urusan pelaksanaan aktiviti-aktiviti berkaitan kerajaan digital dan elektronik;
  • Bertanggungjawab membuat liputan video bersuara atau tidak serta membuat penggambaran khas ketika program dianjurkan, laporan aktiviti untuk dikemaskini di sosial media jabatan dan menerusi media digital Johor;
  • Membantu melaksana pengurusan dan konfigurasi perkakasan (server), penyelenggaraan peralatan ICT dan bantuan teknikal melalui aduan kepada pihak kakitangan jabatan;
  • Membantu menyediakan bahan slaid rasmi jabatan, slaid korporat, video korporat dan pengurusan bahan hebahan elektronik dan digital termasuklah paparan LED dan berkaitan;
  • Membantu dalam penyediaan spesifikasi dan urusan perolehan perisian.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs.

Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan dan ia hendaklah sahih serta benar. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga

Tarikh tutup permohonan pada 17 April 2025. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Sebelum tertubuh Jabatan Laut Malaysia, Jabatan ini terdiri daripada 3 buah Jabatan iaitu Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang mempunyai Ketua Perkhidmatan yang berbeza.

Pada 1 Januari 2011, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia telah bergabung dengan Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak dan dikenali sebagai Jabatan Laut Malaysia.

Jabatan Laut adalah sebuah jabatan Kerajaan yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jabatan ini diwujudkan bagi mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia.

Objektif utama jabatan ini adalah Memacu Pertumbuhan Maritim Kebangsaan Yang Berkualiti Melalui Pemerkasaan Sistem Pengangkutan Maritim Yang Selamat, Sistematik dan Perlindungan Persekitaran Marin.

Ia pula berfungsi bagi:

  • Mengawal selia perkapalan, pelabuhan, pelaut dan keselamatan pelayaran.
  • Pemberi perkhidmatan sektor perkapalan, pelabuhan dan keselamatan pelayaran.
  • Pembangunan ekonomi maritim.

 

Dasar kualiti Jabatan Laut Malaysia adalah bertekad menyediakan perkhidmatan pengangkutan maritim yang berkualiti dengan memenuhi keperluan peraturan dan perundangan untuk mencapai tahap kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan sistem pengurusan kualiti secara berterusan.

Dalam pelaksanaan dasar kualiti, JLM menekankan terhadap memenuhi semua keperluan-keperluan pihak berkepentingan serta memastikan penambahbaikan berterusan dalam keberkesanan sistem pengurusan kualiti Jabatan Laut Malaysia. JLM menetapkan objektif-objetif kualiti yang bersesuaian dengan skop pelaksanaan MS ISO 9001:2015. Objektif-objektif tersebut ditetapkan dan dibincangkan setiap tahun dalam mesyuarat kajian semula pengurusan

Antara perkhidmatan jabatan ini adalah melaksanakan proses pengauditan ke atas syarikat pengurus kapal mengikut Sistem Pengurusan Kapal yang digunapakai dalam tempoh masa tiga bulan mulai tarikh permohonan audit yang diluluskan sehingga ketakuran terakhir ditutup sepenuhnya.

Ia juga memastikan ketersediaan rumah api sekurang-kurangnya 99% dan memproses dan mengeluarkan sijil kapal dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…