JPN

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

  1. PEMBANTU PENDAFTARAN KP1
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM1,500 – RM4,680
  2. PEGAWAI PSIKOLOGI S9
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM2,470 – RM11,110

Syarat-Syarat Kelayakan

PEMBANTU PENDAFTARAN KP1

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,561.00); atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,622.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

PEGAWAI PSIKOLOGI S9

  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00); atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM3,020.00); atau
  • Ijazah Kedoktoran dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM3,350.00);
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

PEMBANTU PENDAFTARAN KP1

  • Membantu kerja-kerja berkaitan pentadbiran seperti pengurusan rekod, keurusetiaan, perkeranian;
  • Membantu dari segi pengurusan pejabat dan stor;
  • Membantu mengunci masuk data ke dalam sistem;
  • Menjawab panggilan telefon berkaitan permohonan orang awam;
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

PEGAWAI PSIKOLOGI S9

  • Bertanggungjawab untuk menjadi Ahli Tribunal Perkahwinan;
  • Membantu merancang dan menyusun atur program pemantapan Ahli Tribunal;
  • Membantu merangka pelan jangka panjang pemantapan Tribunal Perkahwinan;
  • Membantu menyediakan kertas cadangan berkaitan Tribunal Perkahwinan;
  • Membantu mendapatkan ahli daripada Lembaga Kaunselor Malaysia / Fakulti daripada IPTA (menggunakan networking sedia ada);
  • Membantu mengendalikan pilot project pelaksanaan prosiding tribunal tetap di Lembah Klang;
  • Membantu membuat saringan Ahli Tribunal seluruh negara menggunakan ujian psikometrik dan membuat intepretasi data;
  • Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja lain (ad hoc) yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan. Calon disarankan meneliti syarat-syarat kelayakan dan memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temu duga.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…