Jabatan Pengangkutan Jalan

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N1

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
  • Penempatan: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang
  • Gaji: RM1,500 – RM1,999

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Memiliki kelayakan akademik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / O Level / SKM Tahap 1 / SKM Tahap 2 / SKM Tahap 3 atau yang setaraf;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

  • Melaksanakan tugas-tugas sumber manusia di jabatan agar jabatan dapat menjalankan fungsi dengan lebin cekap dan sistematik;
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian & operasi, pengurusan fail, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter serta pemprosesan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs. Calon disarankan meneliti syarat-syarat kelayakan dan memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan.

Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temu duga.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah ditubuhkan pada tahun 1937, di bawah Enakmen Lalulintas 1937. Undang-undang tentera British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pentadbirannya pada ketika itu dikenali sebagai Lembaga Pengangkutan Jalan yang berfungsi mengawal dan melesenkan perusahaan awam. Dengan wujudnya pentadbiran Tanah Melayu pada April 1946, kuasa lembaga tersebut telah diambil alih oleh Pejabat Pendaftar dan Pemeriksaan Kereta-kereta Motor yang merangkumi seluruh Tanah Melayu.

Sebelum 1937, pengawalan kereta motor adalah di bawah 4 negeri Melayu Bersekutu iaitu di Bawah Polis Perak dan Selangor, Ketua Inspektor Negeri Sembilan dan 6 Pegawai Daerah di Pahang. Pengawalan tidak berkuatkuasa di Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Selain dari 4 buah negeri mengenai kenderaan bermotor sehinggalah Enakmen Lalulintas 1937 diluluskan.

Selaras dengan pembukaan jabatan tersebut, satu undang-undang jalan raya yang dinamakan Ordinan Lalulintas Jalan 1953, telah diluluskan mengantikan Enakmen Lalulintas 1937 itu. Memandangkan pentingnya tugas-tugas untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut khasnya terhadap kenderaan perdagangan, maka Bahagian Penguatkuasaaan telah diwujudkan dan menjalankan fungsi penguatkuasaan tersebut.sejarah

Pada 1 April 1946, Jabatan Pengangkutan Jalan telah ditubuhkan yang bertujuan menyelaras segala aspek berkaitan pengangkutan bagi seluruh negeri. Sehubungan dengan penubuhan jabatan ini, pelbagai akta berkaitan Pengangkutan Jalan telah digubal seperti Ordinan Lalulintas Jalan tahun 1958 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini bertujuan bagi menyeragamkan undang-undang pengangkutan negara di samping menjadi landasan kepada JPJ melaksanakan tanggungjawabnya.

Ekoran wujudnya kemajuan dalam sistem pengangkutan negara yang ketara pada tahun 1980, JPJ kian terbeban dengan pelbagai tanggungjawab dalam meningkat mutu perkhidmatannya. Selaras dengan itu, penyusunan semula struktur dalaman jabatan telah dilakukan bagi meningkatkan kecekapan agar bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan semasa.

Akibat wujudnya kepelbagaian fungsi dalam setiap bahagian yang terdapat dalam jabatan ini, maka pelbagai inovasi telah diwujudkan bagi meningkatkan mutu kecekapan dalam perkhidmatan. Era 90-an menunjukkan kemajuan paling memberangsangkan kerana wujudnya tuntutan yang mengalakkan terhadap sistem pengangkutan.

ARTIKEL BERKAITAN

STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

Keperluan rakyat merupakan elemen asas dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dan negara yang maju. Setiap individu mempunyai keperluan asas…
RM2,500 Telah Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Senarai Penuh Penerima Tahun 2025

RM2,500 Telah Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Senarai Penuh Penerima Tahun 2025

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang ekonomi negara, namun mereka sering berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi keperluan asas…
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…