jpm

Jawatan kosong Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan gaji RM2,100: Mohon sekarang

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (JPM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Jabatan Perdana Menteri (JPM)

PERSONEL MySTEP

  • Kementerian/ Jabatan : Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM
  • Kumpulan Perkhidmatan : Sementara
  • Kadar Upah : RM2,100
  • Tempoh Perkhidmatan : Mei 2024 – Disember 2024

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Telah mendapat vaksinasi yang lengkap;
  • Memiliki Sarjana/Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik melibatkan pelbagai peringkat masyarakat;
  • Boleh menggunakan Microsoft Word/ Excel dan Powerpoint dengan baik;
  • Menetap di Putrajaya atau Lembah Klang;
  • Mempunyai pengangkutan sendiri.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di pautan yang disediakan di hebahan rasmi.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 19 APRIL 2024 (JUMAAT), 5 petang. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan pada 8 Mei 1995 selepas pembubaran Kementerian Undang-undang Malaysia. Pada waktu itu, kluster bahagian ini adalah terdiri daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), Biro Bantuan Guaman, Jabatan Pemegang Harta dan Jabatan Pemegang Amanah dan Pentadbir Pusaka.

Akan tetapi, mulai 1 Ogos 1995 – Jabatan Pemegang Amanah dan Pentadbir Pusaka telah diperbadankan dan dikenali sebagai Amanah Raya Berhad. Susulan itu, keseluruhan pentadbiran agensi berkenaan telah dikeluarkan dari BHEUU melainkan perkara-perkara berkaitan pewartaan para pegawai Amanah Raya bagi tujuan kehadiran di mahkamah.

PKPMP juga berpisah daripada pentadbiran BHEUU pada 1 Julai 1996. Unit Perancangan dan Pembangunan Mahkamah di PKPMP pula telah dipindahkan dan diletakkan dibawah pentadbiran BHEUU dan menjadi salah satu cawangan utama di Bahagian ini bermula 16 April 2003.

Objektif Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM adalah merancang dan membangun prasarana mahkamah dan agensi mengikut keperluan stake holders dan pelanggan; menggubal dasar dan peraturan yang efektif dan memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti kepada agensi-agensi.

Pada 8 April 2004, BHEUU telah mengambil alih peranan sebagai sekretariat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) daripada Kementerian Luar Negeri. BHEUU bertanggungjawab untuk membantu Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam urusan pelantikan ahli- ahli suruhanjaya dan mengemukakan laporan maklum balas Kementerian terhadap Laporan Tahunan SUHAKAM.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Musim persekolahan baharu semakin menghampiri, dan ibu bapa pastinya sibuk membuat persiapan bagi memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lancar.…
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

Keperluan rakyat merupakan elemen asas dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dan negara yang maju. Setiap individu mempunyai keperluan asas…