Pengambilan jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar: Gaji sehingga RM4,052/sebulan

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

JURUTEKNIK KOMPUTER – GRED FT19

  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Jadual Gaji: RM1,377 – RM4,052

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
  • Keutamaan diberikan kepada:
    • Pengetahuan dan mahir dalam penggunaan komputer;
    • Pengetahuan dalam bidang penyelenggaraan perkakasan komputer;
    • Mempunyai pengetahuan asas dalam rangkaian atas talian (Networking).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun secara atas talian di Portal Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang atau di Kaunter Bahagian Khidmat Pengurusan.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen (disahkan) berikut:

  • Sekeping gambar terbaru berukuran passport (tidak dikembalikan);
  • Resume;
  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan MyKad, Salinan kelulusan akademik;
  • Salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu (jika ada);
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
  • Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.

 

Dan dihantar ke alamat:

PENGARAH
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PAHANG
JALAN SRI KEMUNTING 2,
25100 KUANTAN, PAHANG
(U.P.: BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 24 JUN 2022, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan (DI SINI) dan borang permohonan (DI SINI).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Hari Ini (16 Februari 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Hari Ini (16 Februari 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Pendidikan adalah kunci kepada pembangunan individu dan kemajuan sesebuah negara. Ia bukan sekadar proses pembelajaran dalam bilik darjah, tetapi melibatkan…
Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Musim persekolahan baharu semakin menghampiri, dan ibu bapa pastinya sibuk membuat persiapan bagi memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lancar.…
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…