Jabatan Perlindungan Data

Jawatan kosong Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia: Gaji sehingga RM2,939

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

PEMANDU KENDERAAN GRED 11

  • Kekosongan : 2
  • Gaji Minimum : RM 1,218.00
  • Gaji Maksimum : RM 2,939.00
  • Caruman : KWSP dan PERKESO
  • Elaun :
    • Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300
    • Bantuan Sara Hidup/COLA : RM 300
    • Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 95

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Mempunyai kelayakan seperti berikut:
    • Sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    • Lesen memandu Kelas B2/D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
    • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini;
    • Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib / tiada rekod jenayah;
    • Mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan;
    • Boleh bekerja lebih masa bergantung kepada arahan semasa;
    • Berkebolehan menaip menggunakan komputer; dan
    • Mempunyai minimum satu (1) tahun pengalaman dalam bidang pengendalian dan menyenggara kenderaan.

Bidang Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.

Bertanggungjawab dalam memindah, mengangkut, mengalih dan menyusun apa juga jenis beban seperti peralatan, beg, mesin dan lain-lain dari kenderaan ke lokasi yang ditugaskan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang Permohonan Jawatan; Curriculum Vitae / Resume; Salinan sijil PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Sijil Vaksinasi ke e-mel: pengambilan@pdp.gov.my

Permohonan juga boleh dihantar ke alamat:

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)
Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan jawatan dikategorikan sebagai tidak berjaya.

Keputusan temu duga hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan pelantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat perakuan pelantikan daripada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 22 OGOS 2024, KHAMIS.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) adalah agensi di bawah Kementerian Digital yang ditubuhkan pada 16 Mei 2011 selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-undang berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) iaitu Akta 709.

Tanggungjawab utama jabatan ini ialah untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam urus niaga komersial oleh Pengguna Data supaya tidak disalah guna dan disalah pakai oleh pihak-pihak berkepentingan.

Keselamatan data peribadi pengguna perlu dilindungi bagi mencegah sebarang bentuk penyalahgunaan terhadap penyimpanan atau pemprosesan data peribadi individu, awam dan swasta di Malaysia secara transaksi komersial adalah termaktub di bawah APDP ini.

Dalam menguatkuasakan APDP, JPDP telah mensyaratkan kepada semua Golongan Pengguna Data Peribadi yang terdiri daripada pihak individu mahupun swasta kecuali Kerajaan untuk berdaftar secara rasmi bagi tujuan melindungi hak-hak pengguna dan awam.

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh masih dibuka: RM800 dikreditkan secara berperingkat

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh masih dibuka: RM800 dikreditkan secara berperingkat

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan Kosong Projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI): Tawaran gaji RM2,000/sebulan

Jawatan Kosong Projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI): Tawaran gaji RM2,000/sebulan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi…
Permohonan IBAKIPT RM300 dibuka sehingga Oktober 2024: Berikut cara memohon

Permohonan IBAKIPT RM300 dibuka sehingga Oktober 2024: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…