Jabatan Sukarelawan

Jawatan Kosong Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA): Tarikh tutup permohonan 16 April 2025

Pada ketika ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

PENOLONG PEGAWAI TADBIR

  • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM1,500 – RM1,999

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia tidak kurang dari 18 tahun;
  • Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri;
  • Mempunyai kelayakan diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya;
  • Berkemahiran dalam bidang fotografi, grafik, suntingan poster dan video;
  • Mahir menggunakan aplikasi Microsoft Excel yang kompeten (Advance Excel);
  • Mahir menggunakan aplikasi Canva, Adobe Photoshop, Illustrator, Lightroom, Al dan lain-lain perisian; dan
  • Mahir dalam aplikasi Adobe Premier Pro, Adobe After Effect dan lain-lain perisian berkaitan penyuntingan.

Bidang Tugas

  • Penyediaan slaid pembentangan;
  • Penyediaan rakaman dan suntingan gambar serta video pendek;
  • Penerbitan kandungan media sosial; dan
  • Lain-lain tugas pentadbiran pejabat dan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Portal MyFutureJobs. Selain itu, permohonan juga boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan dan resume ke alamat e-mel: [email protected]

Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan dan ia hendaklah sahih serta benar. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga

Tarikh tutup permohonan pada jam 2 petang, 16 April 2025. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat Tambahan

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) adalah satu pertubuhan yang bercorak kesukarelawanan untuk membantu pasukan keselamatan dalam menjaga keselamatan dan keamanan serta mengekang ancaman musuh-musuh negara dari dalam dan luar negara.

RELA telah ditubuhkan pada 3 Julai 1972 di bawah ‘Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966, yang dibuat di bawah ‘Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964’. Asas wujudnya RELA bermula sejak tahun 1948, apabila Pertubuhan Kawalan Kampung atau “Home Guard” dibentuk semasa darurat pertama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 25 Jun 2012, Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Akta 752) telah diwartakan sebagai punca kuasa RELA berkuatkuasa pada 22 Jun 2012. Nama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia juga telah ditukar kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia selaras dengan akta tersebut. Pada 28 Ogos 2013, RELA telah dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan Persekutuan dan dikenali sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Semenjak dinaiktaraf sebagai sebuah Jabatan Persekutuan pada 28 Ogos 2013, RELA kini sedang melalui arus transformasi ke arah sebuah Jabatan yang unggul dan perkasa apabila peranannya tidak lagi hanya dilihat tertumpu kepada situasi darurat atau bidang keselamatan semata-mata, malah menjurus kepada situasi dan kehendak semasa yang meliputi keselamatan, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kesatuan dan perpaduan negara.

Syarat-syarat kelayakan menjadi ahli RELA pula adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Bukan seorang anggota Angkatan Tentera; dan
  • Bukan seorang daripada mana-mana pasukan atau skim sukarelawan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

 

Antara manfaat-manfaat menjadi ahli RELA adalah:

  • Caj rawatan dan kemudahan wad percuma bagi anggota-anggota yang terlibat dalam kemalangan ketika bertugas;
  • Perlindungan insurans sekiranya terlibat dalam kemalangan ketika bertugas;
  • Latihan percuma di pusat-pusat latihan;
  • Elaun latihan dan bertugas RM8 sejam;
  • Uniform diberikan secara percuma; dan
  • Keahlian adalah percuma.

 

ARTIKEL BERKAITAN

RM600 - RM2,500 Dikreditkan Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Permohonan 2025 Masih Dibuka

RM600 - RM2,500 Dikreditkan Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Permohonan 2025 Masih Dibuka

Dalam perbincangan mengenai ekonomi rakyat, istilah seperti B40 dan M40 sering kali menjadi tumpuan utama. Kedua-dua kumpulan ini merujuk kepada…
RM200 Telah Dikreditkan Ke Kad Pengenalan (MyKad): Ini Cara Semak & Menggunakannya

RM200 Telah Dikreditkan Ke Kad Pengenalan (MyKad): Ini Cara Semak & Menggunakannya

Golongan B40, yang merangkumi 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, sering menjadi kumpulan paling terkesan dalam menghadapi ketidaktentuan…
RM500 Dikreditkan Ke Akaun Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025

RM500 Dikreditkan Ke Akaun Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025

Kebajikan merupakan asas penting dalam membentuk masyarakat yang sejahtera, harmoni dan bersatu-padu. Menjaga kebajikan bukan sahaja bermaksud memberikan bantuan kepada…