kementerian kesihatan

Jawatan kosong Kementerian Kesihatan Malaysia: Gaji RM2,429 – RM9,656, ambilan Jun 2024

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jawatan Kementerian Kesihatan Malaysia

  1. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN GRED U41 (PENDENGARAN)
    • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
    • Jadual Gaji: RM2,429 – RM9,656
    • Taraf Pelantikan:
      • Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
      • Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
  2. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN GRED U41 (PERTUTURAN)
    • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
    • Jadual Gaji: RM2,429 – RM9,656
    • Taraf Pelantikan:
      • Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
      • Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pemulihan perubatan (pertuturan, audiologi, cara kerja, fisioterapi) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Hanya calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga. Tarikh tutup permohonan pada 29 MEI 2024 (RABU).

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga terdekat dikemas kini sebelum atau pada tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI dan permohonan boleh dibuat DI SINI.

Kementerian Kesihatan Malaysia adalah ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk mengurus perkara berkaitan kesihatan negara. Ia juga berfungsi untuk:

  • Menggubal dan melaksanakan dasar fiskal bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta menguruskan pengagihan sumber kewangan dengan cekap dan berkesan.
  • Menggubal dasar sistem percukaian yang saksama bagi menjana hasil negara.
  • Menggubal dasar dan mentadbir urusan berkaitan perolehan Kerajaan.
  • Mendapatkan sumber pembiayaan bagi pihak Kerajaan dan memberi pinjaman kepada agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta sektor swasta bagi projek-projek penswastaan.
  • Memantau syarikat Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) serta pengurusan kewangan Badan Berkanun Persekutuan khususnya berkaitan pelaburan, pinjaman dan aliran tunai bagi memastikan amalan tadbir urus yang baik.
  • Menggubal dan menyediakan prosedur, prinsip dan tatacara sistem pengurusan kewangan dan perakaunan untuk dipatuhi oleh semua kementerian.
  • Memberi khidmat nasihat kepada kementerian bagi projek- projek berimpak tinggi yang mempunyai kepentingan negara.
  • Menyelaras hubungan kerjasama berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan di peringkat antarabangsa bagi memelihara kepentingan negara.
  • Mengendali rayuan cukai pendapatan dan cukai kastam.
  • Mengawal selia industri pelaporan kredit secara tepat, adil dan saksama.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, bantuan kewangan daripada kerajaan dan organisasi lain menjadi penyelamat kepada ramai individu dan keluarga. Bantuan…
RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40, atau 40 peratus kumpulan isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia, sering menjadi tumpuan utama dalam pelbagai dasar…
Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…