Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
MYSTEP – PENGURUSAN ILMU & MAKLUMAT DIGITAL
- Jenis Jawatan: Personel MySTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Manfaat: Cuti Sakit, Cuti Rehat, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Mempunyai kelayakan akademik sekurangnya Pentaksiran Tingakatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR);
- Boleh membaca dan menulis dengan baik;
- Boleh melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan.
Bidang Tugas
- Menampal security strip bagi setiap buku di Perpustakaan (12,443 naskhah);
- Menyemak security strip bagi setiap buku supaya berfungsi melalui security gate;
- Menyusun semula bahan bacaan tersebut di rak berkaitan;
- Melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs. Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 27 OGOS 2024, SELASA.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Kementerian Perdagangan dan Perusahaan telah ditubuhkan pada April 1956 dan beribu pejabat di Pejabat Kerajaan di Jalan Raja. Kementerian ini kemudiannya telah ditukar kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada Februari 1972 dan pada 27 Oktober 1990, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian berpecah kepada 2 Kementerian berasingan iaitu: Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDN).
Visi utamanya adalah bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih, negara perindustrian mampan dan negara dagangan berdaya saing. Misinya pula adalah menarik pelaburan berkualiti dan bernilai tinggi serta memperkukuh/mengekalkan pelaburan sedia ada; menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pembangunan industri yang lestari dan mampan; dan mengukuhkan ekosistem eksport dan memperkasa keupayaan syarikat Malaysia untuk kekal relevan di pasaran antarabangsa.
Falsafah Korporat MITI pula telah diwujudkan pada tahun 1990. Terdapat lima (5) prinsip yang dikenalpasti dan ia merupakan unsur-unsur kualiti “universal” yang penting dalam pembentukan kecemerlangan pengurusan organisasi dan juga individu. Lima prinsip tersebut adalah :
- Negara Sebelum Diri
- Berkhidmat Dengan Dedikasi
- Kecemerlangan Dalam Usaha
- Pencapaian Secara Berpasukan
- Satu Kementerian Satu Aspirasi
Objektif MITI addalah untuk merumuskan dan melaksanakan dasar pelaburan, perdagangan dan perindustrian bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang mapan; untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang inovatif dan berkemahiran tinggi bagi pasaran tenaga kerja yang semakin meningkat di Malaysia; serta untuk memacu Malaysia ke arah negara /membangun/dan/menaik taraf/ kesejahteraan rakyat.
Berikut adalah senarai fungsi MITI:
- Untuk membangun dan melaksanakan dasar pembangunan perindustrian, perdagangan antarabangsa dan pelaburan.
- Untuk menarik pelabur asing dan domestik yang berkualiti.
- Untuk mempromosikan dan meningkatkan eksport barangan dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi Malaysia dengan mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala, serantau dan pelbagai hala dan kerjasama.
- Meningkatkan produktiviti kebangsaan dan daya saing, terutama dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
- Memastikan ekosistem perniagaan yang kondusif untuk memudahkan perdagangan dan pelaburan.