Peluang kerjaya terkini dibuka di KESAS: Selain gaji bulanan, elaun & insentif sehingga RM210

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, KESAS Sdn Bhd kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PERONDA LEBUHRAYA

  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Waktu Bekerja: Shif
  • Jantina: Lelaki sahaja
  • Gaji Permulaan Sebulan: RM1,500
  • Elaun Shif Sebulan: RM60
  • Elaun Dobi Sebulan: RM40
  • Insentif Kedatangan: RM40
  • Insentif Khidmat Pelanggan: RM70
  • Kemudahan: Caruman KWSP, PERKESO dan Skim Insuran Pekerjaan (SIP).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci kekosongan jawatan boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Borang pemohonan jawatan boleh didapati di kaunter penyambut tetamu Wisma Kesas Lebuh Raya Shah Alam dan ia hendaklah diisi dengan lengkap serta dilampirkan bersama: Salinan Kad Pengenalan, Salinan sijil-sijil dan Salinan lesen memandu.

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:

KESAS Sdn Bhd
Wisma KESAS
No. 1, Lebuh Raya Shah Alam
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 31 MEI 2022, SELASA.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…