putrakop

Jawatan kosong Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad (PUTRAKOP): Senarai jawatan & cara mohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad (PUTRAKOP) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad (PUTRAKOP)

  1. PEMBANTU JUALAN COOPMART PRESINT 16
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,500 – RM1,999
  2. LATIHAN PRAKTIKAL (INTERNSHIP) – PENTADBIRAN / AKAUN

Syarat-syarat Kelayakan

  1. PEMBANTU JUALAN COOPMART PRESINT 16
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;
    3. Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.
  2. LATIHAN PRAKTIKAL (INTERNSHIP) – PENTADBIRAN / AKAUN
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;
    3. Memiliki kelayakan Diploma atau setaraf.

Bidang Tugas

PEMBANTU JUALAN COOPMART PRESINT 16

  • Kaunter Jualan
    • Melaksanakan kerja-kerja khidmat pelanggan.
    • Menguruskan aliran tunai di mesin juruwang.
    • Mmeastikan barangan yang tiada kod daftar dibayar menggunakan kaedah manual dan direkodkan.
    • Memastikan setiap pelanggan yang telah memilih barangan membayar di kaunter.
    • Memastikan tukaran wang tunai dan duit ‘float’ mencukupi.
    • Memastikan resit jualan diberikan kepada pelanggan.
    • Memastikan slip bayaran kredit/debit disimpan.
    • Bertanggungjawab di atas lebihan atau kekurangan hasil jualan di mesin juruwang.
  • Stor
    • Melaksanakan kerja-kerja pengurusan stor.
    • Melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan terimaan stok barang.
    • Menambah stok untuk jualan dan susunan / kecukupan stok di rak jualan.
    • Menyusun atur produk jualan dan produk promosi mengikut kategori / planogram yang ditetapkan di rak dan gondola.
    • Memastikan kekemasan dan kebersihan stok di rak jualan dari habuk/ kotoran.
    • Melaksanakan kerja-kerja pembersihan premis jualan mengikut jadual yang ditetapkan.
    • Menyemak dan mengemaskini senarai harga jualan.
    • Memastikan barangan bertarikh luput akan tamat selewatnya 3 bulan diasingkan untuk dipulangkan kepada pembekal.
  • Tugas-tugas Kedai Cenderamata
    • Memastikan kedai sentiasa bersih dan tersusun atur dengan baik.
    • Memastikan stok barangan sentiasa disusun dan diperagakan dengan baik.
    • Memastikan bekalan produk cenderamata di simpan dan direkodkan dalam sistem.
    • Melaporkan kepada Pengurus dan Penyelia
  • Tugas lai diberikan Pengurus Jualan & Penyelia dari masa ke masa.
    • Mmeastikan bekalan produk cenderamata di simpan

 

LATIHAN PRAKTIKAL (INTERNSHIP) – PENTADBIRAN / AKAUN

  • Membantu mengemaskini dokumentasi PutraKop.
  • Membantu menyediakan minit mesyuarat.
  • Membantu mengemaskini sistem pentadbiran Putrakop.
  • Perlibatan dalam majlis PutraKop (mengikut keperluan dan arahan dari masa ke semasa).

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs. Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang mengisi maklumat yang lengkap dan memenuhi kriteria yang layak sahaja dipertimbangkan untuk disenarai pendek.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 24 Julai 2024 (Pembantu Jualan Coopmart Presint 16) dan 5 Julai 2024 (Latihan Praktikal (Internship) – Pentadbiran / Akaun). 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad atau PutraKop telah ditubuhkan pada 12 Disember 2013. Keanggotaan koperasi ini terdiri daripada pekerja-pekerja berkanun di Perbadanan Putrajaya..

Penubuhan PutraKop adalah sebagai satu platform yang akan memberikan ruang dan peluang kepada pegawai dan kakitangan Perbadanan Putrajaya untuk memikirkan, menjalankan dan berkongsi keuntungan hasil daripada aktiviti komersil untuk manfaat dan faedah secara bersama. Visinya adalah sebagai koperasi berkualiti, komited dan berdaya saing.

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…