Angkatan Pertahanan Awam

Jawatan kosong lebih 200 pengambilan di Angkatan Pertahanan Awam (APM): Gaji sehingga RM4,052

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini sedang membuka kekosongan jawatan besar-besaran di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

PEMBANTU PERTAHANAN AWAM GRED KP19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Pertahanan Awam
  • Jadual Gaji: RM1,360 – RM4,052
  • Kekosongan: 58
  • Simpanan: 200
  • Taraf Pelantikan:
    • Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
    • Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
    • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80)
  • Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
    • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan
    • cermin mata;
    • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran/kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan. Permohonan hendaklah dibuat di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 10 JULAI 2024 (RABU).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI dan permohonan boleh dibuat DI SINI.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia adalah sebuah agensi yang bertindak dalam tindakan bencana dan kecemasan. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 24 mac 1952 dan kini telah melalui pelbagai revolusi dalam peningkatan dan pemodenan sebagai agensi penyelamat demi kesejahteraan sejagat.

Visinya adalah Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kini sedang membuka pengambilan banyakJ jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…