Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Jurukur Tanah kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
PERSONEL MYSTEP – GRED J41
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Kekosongan: 12
- Gaji: RM2,000/sebulan
MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya . Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.
Syarat-syarat Kelayakan
- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis butir-butir diri (resume) yang lengkap, nombor telefon untuk dihubungi dan salinan-salinan sijil berkenaan yang telah disahkan seperti salinan MyKad dan sekeping gambar berukuran passport ke alamat:
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Jurukur Tanah Malaysia
Aras 5-7, Wisma LJT, Lorong Perak
Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 01 JULAI 2022, JUMAAT.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI.