Pengambilan jawatan kosong di Lembaga Pertubuhan Peladang Mei 2022: Gaji RM1,600 – RM1,800

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Pertubuhan Peladang kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PERSONEL MYSTEP

  • Tempoh Lantikan: Sehingga 31 Disember 2022
  • Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, KWSP dan PERKESO
  • Gaji: RM1,600 – RM1,800 (mengikut kelayakan akademik)
  • Penempatan: Rujuk hebahan rasmi kekosongan jawatan

 

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya . Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
  • Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi yang baik, boleh bekerja dalam kumpulan serta bersedia untuk bekerja di luar kawasan sekiranya diarahkan;
  • Berkebolehan mengendalikan perisian komputer seperti MS Word, MS Power Point dan MS Excel.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci kekosongan jawatan boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengemukakan:

  • Resume terkini beserta gambar terkini berwarna bersaiz pasport;
  • Salinan SPM/ diploma atau kelayakan setaraf dengannya;
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan Sijil Digital Vaksinasi C-19.

 

Ke alamat e-mel: [email protected] dengan catatan ‘Permohonan Personel MySTEP’.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 12 MEI 2022, KHAMIS.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, bantuan kewangan daripada kerajaan dan organisasi lain menjadi penyelamat kepada ramai individu dan keluarga. Bantuan…
RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40, atau 40 peratus kumpulan isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia, sering menjadi tumpuan utama dalam pelbagai dasar…
Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…