Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB)
PEMBANTU KHIDMAT AM – GRED H1
- Taraf Perkhidmatan: Tetap/Jawatan Berasaskan Caruman
 - Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
 - Tempoh Percubaan: 1 hingga 3 tahun
 
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia (anak kelahiran Negeri Sarawak);
 - Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
 - Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
 - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
 - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00); dan
 
 - Memenuhi syarat lantikan bagi keperluan khas (jika melaksanakan tugas atau mana-mana gabungan tugas seperti:
- Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan; atau
 - Bagi tugas pengendalian kren, calon perlu memiliki Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; atau
 - Bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia; atau
 - Bagi tugas pengendalian dandang, calon perlu memiliki sekurang-kurangnya Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Enjin Pembakaran Dalam) Gred 2 atau Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Dandang Stim/Enjin Stim) Gred 2 mengikut mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta berkebolehan mengendalikan loji pembakaran dalam 40-100 kuasa kuda atau loji stim/dandang yang luas permukaan pembakarannya di bawah 100 kaki persegi mana yang berkenaan; atau
 - Bagi tugasan menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas dan berkebolehan berenang;
 
 - Calon bagi lantikan di atas hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem e-Recruitment Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan serta disenarai pendek sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 15 NOVEMBER 2025.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak telah ditubuhkan pada 1 Februari 1994. Ia ditugaskan dengan tanggungjawab untuk melindungi dan menguruskan alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli berdasarkan prinsip-prinsip pembangunan mampan.
Objektif utama NREB adalah untuk melindungi dan meningkatkan kualiti alam sekitar untuk mencapai pembangunan mampan dan seimbang di negeri Sarawak.
Manakala, misinya untuk meneraju penjagaan alam sekitar, melindungi sumber asli kita, dan menggalakkan kemampanan untuk kesejahteraan rakyat Sarawak. Polisi kualitinya pula untuk terus meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pelaksanaan sistem kualiti termasuk komitmen untuk memenuhi keperluan yang terpakai selaras dengan sistem pengurusan kualiti untuk pengurusan dan perlindungan alam sekitar.
Fungsi dan bidang kuasa NREB adalah:
- Menentukan mod dan cara di mana eksploitasi dan penggunaan sumber alam di dalam negeri tidak akan merosakkan, mencemarkan atau menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar;
 - Menentukan dan mengambil langkah-langkap yang sewajarnya, termasuk mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa berkaitan dengan alam sekitar atau orang awam untuk mengelakkan, mengurangkan atau menghentikan pencemaran air di sungai atau di kawasan tadahan air;
 - Mengawal, menghenti, atau melarang pemusnahan hutan demi untuk perlindungan sumber alam, sungai dan unsur-unsur alam sekitar yang lain.
 




