Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji
PEMANDU NEGERI
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan kosong;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
- Memiliki lesen memandu kelas D yang sah;
- Memiliki pengalaman 3 ke 5 tahun dalam bidang berkaitan;
- Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai pengalaman bekerja sebagai pemandu sekurang-kurangnya 1 tahun;
- Memiliki kemahiran memandu yang baik;
- Memiliki pengetahuan mengenai penyelenggaraan kenderaan;
- Kursus Pemanduan Berhemat;
- Kursus Penyelenggaraan Kenderaan.
Bidang Tugas
- Sebelum melakukan pemanduan, periksa dan pastikan sukatan minyak enjin, air tangki radiator dan air bateri mencukupi;
- Pastikan keadaan tayar baik, angin tayar termasuk tayar gantian mencukupi;
- Apabila menambah tayar, hendaklah mengikut sukatan yang ditetapkan;
- Penyelarasan jajaran (alignment) boleh dibuat sekiranya perlu;
- Pastikan brek berfungsi dengan baik;
- Pastikan lampu, alat pengelap cermin (wiper), lampu arah (signal) dan hon berfungsi dengan baik;
- Pastikan keadaan seluruh badan kereta dalam keadaan baik;
- Melaporkan kepada Ketua Unit sebarang kesan calar, kemek yang baru dan karat yang disebabkan oleh wear & tear;
- Mengambil dan menyerahkan semula kunci kenderaan, kad minyak, smart Tag, Kad Touch N Go, Kad Parking dan lain-lain keperluan kepada Ketua Unit Pentadbiran masing-masing;
- Menyerahkan resit minyak jika terdapat pengisian minyak dan bertanggungjawab di atas semua pengisian minyak bagi kegunaan Pejabat sahaja;
- Pemandu juga harus memastikan memandu, cukai kenderaan dalam tempoh masa sah dan tidak tamat tarikh tempoh.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Career Tabung Haji dengan mendaftar terlebih dahulu di sistem berkenaan. Calon hendaklah memohon jawatan selaras dengan kelayakan yang telah ditetapkan.
Tarikh tutup permohonan pada 18 DISEMBER 2024.
Calon-calon yang berkelayakan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah badan berkanun yang tertakluk di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). Peranan utama Tabung Haji ialah pengurusan haji, tabungan dan pelaburan. Ia juga bertekad untuk menyediakan perkhidmatan haji yang cemerlang kepada Jemaah Haji Malaysia dan rekodnya yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji yang inovatif.
Pada masa kini, Tabung Haji memiliki sekitar 9 juta pendeposit dengan 107 cawangan dan lebih 10,000 titik sentuh di seluruh negara. Tabung Haji juga memiliki sebuah pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi di bawah bidang kuasa Konsulat Malaysia.
Menurut sejarah, idea bagi penubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH) tercetus hasil cadangan tokoh ekonomi Melayu terkenal iaitu Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid pada Disember 1959 kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Apabila mula beroperasi pada 1963, seramai 1,281 bakal haji telah membuka akaun mereka dengan jumlah tabungan sebanyak RM46,610. Tujuan utama mereka adalah semata-mata untuk memastikan simpanan mereka terjamin selamat dan bebas daripada riba untuk membolehkan mereka melengkapkan Rukun Islam dan memperoleh Haji Mabrur. Pada masa itu, tiada sama sekali niat untuk meraih bonus atau dividen.