Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan MBOT
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
- Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Gaji Minimum: RM1,353
- Gaji Maksimum: RM4,005
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80) atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dikemukan melalui pautan yang disediakan di hebahan rasmi.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Tarikh tutup permohonan pada 26 MAC 2024, SELASA (JAM 12 TENGAH HARI).
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.