Pengambilan jawatan kosong terkini di LHDN April 2022: Tawaran gaji RM2,198

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PENOLONG EKSEKUTIF HASIL (TEKNOLOGI MAKLUMAT)

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji Permulaan: RM2,198
  • Penempatan: Jabatan Teknologi Maklumat

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Permohonan hanya dibuka untuk calon luar dan kontrak bergaji harian yang sedang berkhidmat di LHDNM sahaja.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bidang Tugas

  • Membantu melaksanakan kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna serta membantu menyediakan
    sebarang reka bentuk sistem mengikut hasil analisis;
  • Membantu membangunkan sistem menggunakan perisian yang disediakan serta membantu menjalankan pengujian, latihan dan pelaksanaan produksi sistem;
  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian di Portal Pencarian Kerja LHDN.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 45 hari daripada tarikh tutup iklan, hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 20 APRIL 2022, RABU.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI dan permohonan boleh dibuat di PAUTAN INI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, bantuan kewangan daripada kerajaan dan organisasi lain menjadi penyelamat kepada ramai individu dan keluarga. Bantuan…
RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40, atau 40 peratus kumpulan isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia, sering menjadi tumpuan utama dalam pelbagai dasar…
Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…