Pada ketika ini, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong MAINS
PENASIHAT UNDANG-UNDANG MAINS GRED 48
- Taraf Jawatan: Contract of service/Tetap
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Jadual Gaji: RM5,118 – RM11,634
- Kenaikan Tahunan: RM270
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan;
- ljazah Sarjana Nfuda Syariah & Undang-undang/ljazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman selama 10 hingga 15 tahun dalam bidang syariah/undang-undang dalam sektor Kerajaan/Badan Berkanun/GLC;
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik melibatkan pelbagai peringkat masyarakat.
Bidang Tugas
Memberi pandangan atau nasihat perundangan kepada MAINS, menialankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang dan guaman.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di e-Jawatan MAINS. Pemohon perlu mengisi permohonan secara lengkap, benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Tarikh tutup permohonan pada 17 Oktober 2024.
Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh satu tahun selepas tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Usaha penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan bermula sejak tahun 1947 apabila pihak British memperkenalkan sistem pentadbiran moden dan mula mengambil tindakan melantik pentadbir dari golongan orang Melayu dalam usaha ke arah persediaan untuk kemerdekaan.
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1948 adalah merupakan peruntukan yang paling awal berkaitan pentadbiran Kerajaan Negeri yang telah diperkenalkan. Pihak pentadbiran Negeri yang diketuai oleh Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertampada ketika itu telah mewujudkan jawatan Mufti dan Tuan Sheikh Hj Ahmad Sheikh Hj Mohd Said telah dilantik menjadMufti Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1949.
Sheikh Hj Ahmad Sheikh Hj Mohd Said, Mufti Negeri Sembilan telah dilantik menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang petama pada tahun 1950. Sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, beliau juga adalah Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.
Makanya, bolehlah disimpulkan bahawa penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan adalah pada tempoh masa yang sama.
Antara bidang kuasa MAINS menurut sebagaimana yang tercatat dalam nakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan tahun 2003 adalah:
- Sebagai penguasa wasiat, pentadbir pusaka oarang Islam di negeri ini dan juga sebagai pemegang amanah
- Menjalankan urusan kontrak atas harta alih dan tak alih menurut syarat-syarat tertentu mengenainya mengikut hukum Syara’
- Hal mengenai fatwa rasmi Negeri Sembilan.
- Urusan Baitulmal, zakat, dan khairat
- Urusan wakaf, wasiat dan nazar
- Sebagai pemegang amanah bagi semua masjid dan hartanya yang tak alih, termasuk urusan perlantikan pegawai-pegawai masjid
- Urusan berhubung dengan saudara-saudara baru
- Urusan tauliah mengajar Agama
- Urusan perbelanjaan wang zakat mengikut Asnaf.
Objektif MAINS pula merangkumi:
- Membangunkan dasar-dasar hal ehwal Islam di Negeri Sembilan berdasarkan maqasid.
- Memperkukuhkan dan memelihara akidah, syariah dan akhlak umat Islam.
- Memperkasakan pengurusan harta Islam melalui perkhidmatan yang berkualiti dan berintegriti.
- Memperkasakan perundangan pentadbiran syariah di Negeri Sembilan secara efisen dan berintegriti.
- Memperkasakan pendidikan dan sosioekonomi umat Islam di Negeri Sembilan