Majlis Daerah Pasir Puteh

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP): Gaji sehingga RM5,678, Elaun RM660

Pada ketika ini, Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP)

PENOLONG AKAUNTAN

  • Gred : W29
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
  • Jadual Gaji : RM1,498 – RM5,678
  • Elaun-elaun :
    • Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM160
    • Imbuhan Tetap Perumahan: RM300
    • Bantuan Sara Hidup: RM200
  • Taraf Jawatan : Contract For Service (CFS)

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpanan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan pada Gred W29: RM1,510.92); atau
  • Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan; (Gaji permulaan pada Gred W29: RM1,510.92)
  • Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan pada Gred W29: RM1,776.08)
  • Licentiate of The Chartered Institue Of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji pemulaan pada Gred W29: RM2001.68
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan MDPP secara lengkap dan dilampirkan bersama:

  • Sekeping gambar berukuran pasport;
  • Salinan kad pengenalan yang telah disahkan;
  • Salinan sijil lahir yang telah disahkan;
  • Salinan sijil tamat persekolahan / sijil berhenti sekolah yang telah disahkan;
  • Salinan sijil pendidikan tertinggi (Ijazah / Diploma / STPM / SPM / PMR) yang telah disahkan;
  • Salinan semakan pengiktirafan kelayakan pendidikan dari JPA melalui laman web interaktif MQA (Sijil/Diploma/Ijazah).

 

Setiap permohonan hendaklah ditulis Nama Jawatan dibahagian atas sampul surat sebelah kiri dan dihantar ke alamat:

Yang DiPertua,
Majlis Daerah Pasir Puteh,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Semua pemohon yang disenarai pendek perlu mengambil ujian-ujian yang berkaitan berdasarkan jawatan yang dipohon. Hanya calon yang layak melepasi ujian-ujian tersebut akan dihubungi untuk ditemuduga.

Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 07 NOVEMBER 2024.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Majlis Daerah Pasir Puteh adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada 1 Januari 1979 selaras dengan penyusunan semula penguasa tempatan di seluruh Negara di bawah Akta 171 tahun 1976.

Kawasan pentadbiran Majlis adalah merupakan pencantuman kawasan Penguasa Tempatan yang telah sedia sebelum 1979 iaitu Lembaga Bandar Pasir Puteh dan Majlis Tempatan Cherang Ruku dengan beberapa kawasan baru yang terletak di luar daripada dua penguasa tempatan tersebut.

Keluasan kawasan Majlis Daerah Pasir Puteh adalah lebih kurang 50 batu persegi iaitu merupakan satu pertiga daripada luas keseluruhan Jajahan Pasir Puteh (167.2 bat persegi).

Selain itu MDPP juga telah menyiapkan satu pelan struktur 1990 dan Draf Rancangan Struktur (sebahagian Majlis Daerah Pasir Puteh). Perluasan Kawasan MDPP ke seluruh Jajahan Pasir Puteh juga telah diwartakan pada 7hb Julai 2005.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Pada ketika ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Musim tengkujuh sering kali dikaitkan dengan hujan lebat, banjir kilat, dan angin kencang yang melanda kawasan tertentu di Malaysia. Fenomena…
Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Penjawat awam merupakan nadi utama dalam sistem pentadbiran sesebuah negara. Mereka memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan dasar-dasar kerajaan…