majlis perubatan

Jawatan kosong Majlis Perubatan Malaysia (MPM) dengan gaji RM2,100: Ambilan Jun 2024

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Perubatan Malaysia (MPM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Majlis Perubatan Malaysia (MPM)

PEGAWAI TADBIR

  • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM2,100
  • Penempatan: Bahagian Pendaftaran dan Pembangunan Profesionalisme
  • Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Perlindungan Perubatan, Caruman KWSP dan PERKESO

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 23 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan: dan
    • Ijazah Sarjana Muda Perundangan/Sarjana Muda Sastera/Sarjana Muda Bahasa Melayu Profesional/Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Memiliki Kepujian Tinggi (sekurang-kurangnya Gred B) dalam subjek Bahasa Melayu dan subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai kemahiran menguruskan majlis/mesyuarat rasmi/bengkel dan mempunyai kemahiran menulis, interpersonal dan berkomunikasi yang baik dan fasih dalam Bahasa Inggeris.
  • Mampu untuk bekerja secara individu atau berkumpulan serta bersedia untuk bekerja di lapangan atau luar kawasan sekiranya diarahkan dari semasa ke semasa.
  • Mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian Microsoft Office/CapCut/Canva/Indesign dan sebagainya.
  • Bersedia dan mampu untuk melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa
  • Seorang yang positif, bermotivasi, berdisiplin, berkerja secara berkumpulan dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum oleh ketua jabatan.

Skop Kerja

  • Menguruskan mesyuarat dan menjalankan tugas-tugas arahan mesyuarat;
  • Menyediakan draf minit mesyuarat;
  • Menyediakan surat-surat keputusan dan makluman berkenaan mesyuarat yang telah diputuskan oleh Mesyuarat;
  • Menguruskan bengkel yang dirancang berkaitan MER/EPR;
  • Melaksanakan tugasan seperti yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah/Ketua Unit dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  • Resume bergambar terkini dalam bentuk pdf;
  • Salinan Kad Pengenalan berpalang;
  • Salinan Sijil Ijazah Sarjana Muda yang telah disahkan;
  • Salinan Sijil Diploma/STPM/Matrikulasi atau kelayakan setaraf yang disahkan;
  • Salinan Sijil SPM.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat e-mel: hr@mmc.gov.my dengan tajuk “PERMOHONAN JAWATAN PERSONEL MySTEP MPM (BPPP)”.

Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak majikan. Tarikh tutup permohonan pada 3 Jun 2024 (Isnin)

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Majlis Perubatan Malaysia ialah sebuah badan korporat Malaysia yang ditubuhkan di bawah peruntukan seksyen 3(1) Akta Perubatan 1971 sementara kuasa undang-undang diambil daripada seksyen 4 Akta. Ia juga adalah badan perubatan yang tertinggi dan membuat semua keputusan polisi. Semua doktor di Malaysia wajib berdaftar dengan majlis ini. Majlis akan bertindak mengikut pelbagai jawatankuasa dan sekretariat.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…