Pengambilan pelbagai jawatan kosong terkini di MBAS: Jadual gaji sehingga RM5,701

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kini sedang membuka pengambilan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PENOLONG JURUTERA – JA29
    • Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  2. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA – JA29
    • Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – N19
    • Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  4. PEMBANTU AWAM – H11
    • Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan (disahkan) berikut:

  • Gambar berukuran pasport;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salian Sijil Kelahiran;
  • Salinan Sijil-sijil persekolahan dan pusat pengajian tinggi;
  • Salinan Transkrip keputusan peperiksaan;
  • Lain-lain dokumen sokongan (sekiranya perlu).

 

Borang permohonan jawatan yang lengkap dan dokumen-dokumen sokongan perlu dihantar menggunakan sampul surat berukuran saiz A4 ke alamat:

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
JALAN KOLAM AIR, 05675 ALOR SETAR, KEDAH.

Ia juga boleh dihantar ke kaunter Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 11, Menara MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Setar Kedah.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 30 MEI 2022, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…