MRSM

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun – Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong MRSM Betong

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9

  • Jenis Jawatan: Sambilan
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Penempatan: MRSM, Betong, Sarawak
  • Jadua Gaji: Gaji harian RM100

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan jawatan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi;
  • Kepujian Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume (dengan gambar berukuran pasport) serta salinan dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan ke alamat e-mel: [email protected] atau ke alamat:

Pengetua, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Lot 179, Entaban Land District, Jalan Feeder, 95700, Betong, Sarawak.

Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 07 JULAI 2025.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat Tambahan

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Visinya adalah menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia. Manakala, misinya pula adalah melahirkan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

Program Pembangunan Bakat di MRSM merupakan sebahagian daripada kurikulum asas, kegiatan selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah. Program ini melibatkan aktiviti yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti dalam penyediaan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

Pembangunan Bakat Pelajar di MRSM terbahagi kepada tiga elemen iaitu pembangunan teras, terbeza dan pengayaan. Setiap pelajar yang mempunyai latar belakang, personaliti, kemahiran dan bakat yang pelbagai akan diberi peluang yang sama rata dalam membina ketiga-tiga elemen ini. Justeru itu semua aktiviti dan program yang membina dan membangunkan bakat serta nilai yang baik dalam diri pelajar harus disusun dan dirancang demi kemenjadian pelajar dalam menghadapi arus kehidupan yang semakin mencabar.

Program Pembangunan Pelajar pula diadakan bertujuan melahirkan pelajar MRSM yang berkembang secara holistic melalui Pelaksanaan Program Pembangunan Sahsiah berdasarkan Nilai Teras MRSM iaitu Saintifik, Independent, Kreatif, Amanah dan Patriotik. Program ini telah diatur sebagai satu usaha mewujudkan insan yang kamil dan berpersonaliti dinamik.

Antara program yang diadakan adalah:

  • Program Pembangunan Diri Pelajar
    • Kursus Penyesuaian Diri.
    • Kursus Kemahiran Komunikasi.
    • Kursus Adab.
    • Perkembangan Kerjaya.
    • Program Amal Islami.
    • Program Mini Ulul Albab (selain MRSM Ulul Albab).
  • Program Pembangunan Homeroom
    • Pelaksanaan Modul Homeroom kepada semua pelajar.
    • Konvensyen Homeroom MRSM Se-Malaysia.
    • Majlis Anugerah Homeroom.
  • Program Kepimpinan Pelajar
    • Pelantikan Badan Wakil Pelajar (BWP), Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
    • Program Kepimpinan Pelajar anjuran Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP).
    • Konvensyen Kepimpinan MRSM.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…
STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia yang semakin mencabar, dua kumpulan yang sering menjadi tumpuan dalam perbincangan dasar dan kebajikan ialah golongan…
Jawatan Kosong ILMIA, Jabatan Perangkaan Malaysia: Ambilan Jun 2025

Jawatan Kosong ILMIA, Jabatan Perangkaan Malaysia: Ambilan Jun 2025

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini membuka pengambilan bagi jawatan MySTEP Pegawai Penyelidik Kajian Perburuhan di bawah pasukan ILMIA (Institut Maklumat…